Aiman Tino , salah seorang penyanyi baru yang dikenali budak-budak baru nak up ( BBNU )
kini semakin popular dalam kalangan remaja masa kini . Justeru itu tidak hairanlah popularitinya terkena tempias kakaknya Fara Hazel atau nama sebenar Nurfaazira Yusri .
Fara baru sahaja mempunyai single yang bertajuk Setiaku Pasti dan kini telah mendapat tontonan lebih 800k viewers dan 12k likes dari penonton .
Mempunyai aset kecantikan paras rupa maka lebih mudahlah dia dikenali .
' saya tak anggap menggunakan populariti aiman suatu perkara yang salah , bukan nak menumpang tapi kami saling menyokong karier nyanyian masing-masing'
Setiaku Pasti adalah langkah permulaan kariernya dalam bidang seni menjejaki adiknya Aiman Tino .
Menurut Fara , tidak salah jika dia terkena tempias adiknya memandangkan mereka adik beradik dan saling menyokong antara satu sama lain .
Tambah Fara , persaingan sihat antara dia dan adiknya tetap ada biarpun mereka mempunyai pertalian darah .
Farah yang kini masih seorang pelajar tahun ketiga jurusan Diploma Pemasaran di Politeknik Sultan Azlan Shah Behrang ,Perak juga sedang menjalani latihan industri di sebuah syarikat insurans .
www.kakishare.my
____________________________________________________
Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon