Lelaki Kurang Siuman Dibelasah Orang Ramai Kerana Cuba Ambil Telefon Bimbit Milik Pekerja Pasar


Baru-baru ini viral di media sosial apabila sebuah video memaparkan sekumpulan lelaki telah bertindak membelasah seorang lelaki yang dikatakan cuba mengambil telefon bimbit seorang pekerja di Pasar Besar Kota Kinabalu

Mangsa itu dipercayai kurang siuman sedang dijejaki polis bagi membantu siasatan berhubung insiden berkenaan.

Memetik laporan Harian Metro, ketua polis daerah Kota Kinabalu, ACP M Chandra berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang Jumaat lalu di hadapan bangunan KK Plaza di Kota Kinabalu.


Difahamkan, mangsa terbabit dibelasah oleh beberapa lelaki sehingga mengalami cedera di kepala akibat dipukul menggunakan kayu dan batang besi sebelum melarikan diri.

“Mangsa pergi ke Pasar Besar Kota Kinabalu dan dikatakan cuba mengambil sebuah telefon milik pekerja di situ menyebabkan dia dikejar oleh pekerja sebelum didakwa cuba melawan serta mengacukan gunting."

Tambah ACP M Chandra, laporan polis sudah diterima dan siasatan masih diteruskan. Orang awam dinasihat agar tidak bertindak di luar batas dan mematuhi undang-undang, tegas ketua polis daerah Kota Kinabalu itu. - www.kakishare.my
___________________________
Jom tengok rancangan baru Siakap Keli x Kaki Share iaitu Akak Travel tonton video best ni :


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon