'Muka Je Cantik Tapi Sayang Jadi Pencuri' - Netizen Geram Tindakan Orang Ramai Tangkap, Pukul Dan Bogelkan Pencuri Berwajah Cantik


Sejak kebelakangan ini, orang awam dilihat sering mengambil undang-undang di tangan sendiri apabila pencuri dapat ditangkap. Malah, akibat gagal menahan kemarahan ada pencuri ini lunyai dibelasah. 

Baru-baru ini, kecoh di media sosial rakaman video seorang wanita telah ditangkap kerana mencuri. Orang ramai yang berang dengan tindakan wanita itu yang berani mencuri sejumlah wang telah memukul dan menarik pakaiannya. 

Video selama 36 saat itu dilaporkan berlaku di Jongkarta, Indonesia telah ditonton lebih 17 ribu kali dan dikongsi hampir 3 kali oleh netizen. 

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut melahirkan rasa simpati kepada pencuri tersebut. Malah mereka melahirkan rasa geram dengan tindakan orang ramai kerana mengambil tindakan sendiri. 


Bagi @azmiariff: "Kalau ye pun dia mencuri, takkan la sehingga menarik pakaiannya? Mungkin dia mempunyai masalah sendiri sehingga mengambil keputusan untuk mencuri."

Tambah @Marwan pula: @Marwan: "Jangan la mengambil tindakan sendiri. Lebih baik serah sahaja kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dan menangkap perempuan itu. Ini tidak sesuka hati ja menarik baju dan memukul."

Mungkin pencuri tersebut adalah seorang wanita yang cantik tapi bagaimana pula kalau pencuri tersebut seorang lelaki? Mungkin kena belasah lagi teruk. 

Walau apapun, janganlah pula orang ramai mengambil tindakan yang memudaratkan orang lain. Sebaliknya serahkan sahaja kepada pihak berkuasa. - www.kakishare.my
___________________________
Jom tengok rancangan baru Siakap Keli x Kaki Share iaitu Akak Travel tonton video best ni :



Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon