Lelaki Warga Emas Ditipu Beli 'Ubat Mujarab' RM30 Sebiji Tapi Sebenarnya Cuma Ubat Biasa


Kenapalah ada manusia sanggup tipu orang tua. Kesian pakcik ni. Seorang penjual 'ubat mujarab' didapati telah menipu seorang warga emas dengan harga yang melampau. Kisah tersebut dimuat naik oleh Fazlina Norani yang meluahkan rasa kesalnya terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab menipu ibu bapanya yang sudah tua. 

Individu terbabit telah menipu ibu bapa wanita berkenaan supaya membeli 'produk mujarab yang kononnya di beli di Kuala Lumpur. 

Malah lelaki tersebut menjual ubat tersebut dengan harga RM30 sebiji! Cekik darah betul! Berikut adalah perkongsian penuh oleh wanita tersebut. 


Walaupun berang dengan tindakan individu tersebut, namun wanita tersebut tetap bersyukur kerana tidak kejadian yang tidak dingini berlaku kepada orang tuanya. 

Beliau juga menasihati orang ramai yang mempunyai ibu bapa yang sudah tua supaya tidak senang-senang membenarkan orang yang tidak dikenali masuk ke dalam rumah sesuka hati. 

Rata-rata netizen melahirkan rasa simpati kejadian yang berlaku ke atas ibu bapa wanita tersebut malah ada juga yang menzahirkan rasa khuatir kerana kejadian tersebut semakin berleluasa. 

Berhati-hatilah semua apabila ada orang datang ke rumah untuk menjual sesuatu terutama benda yang kelihatan mencurigakan. - www.kakishare.my

___________________________
Jom tengok rancangan baru Siakap Keli x Kaki Share iaitu Akak Travel tonton video best ni :



Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon