Pengusaha Stesen Minyak Tamak, Belum Pukul 12 Dah Caj Harga Baru Cetus Kemarahan Netizen


Apa dah jadi ni!? Bila harga minyak turun pengusaha stesen minyak merungut kononnya bakal rugi dan gulung tikar jika harga minyak berterusan jatuh. Malah, menteri yang bertanggungjawab juga turut mengatakan akan mencari mekanisme baru semua pengguna dan pengusaha mendapat manfaatnya.

Namun, apabila harga minyak sudah naik nampaknya pengusaha stesen minyak tak sabar betul nak naikkan harga minyak. Belum pun tengah malam, sistem dah masukkan harga baru bagi bahan bakar. Apa nak dikata?

Terbaru, seorang netizen memuat naik sebuah gambar resit Petronas memaparkan dia terpaksa membayar harga baru bagi Ron 95 yang sepatutnya berkuatkuasa jam 12.01 pagi Khamis sedangkan masa di atas resit menunjukkan baru jam 11.12 malam, Rabu.

"Hang nak kaya cepat pun sabaq sat boleh tak? Ini dah kira menipu," tulisnya.


Apa nak jadi dengan segelintir pengusaha tempatan yang sering mengambil kesempatan di atas kesempitan rakyat?

Sebelum ini, KPDNKK meminta rakyat bersimpati kepada pengusaha stesen minyak yang mengalami kerugian apabila harga minyak turun.

Tapi itu tak bermakna mereka boleh mengambil kesempatan sewenang-wenangnya, bukan?  Rata-rata netizen meminta perkara itu dilaporkan kepada pihak berkuasa. Apa tindakan anda jika mengalami perkara sama? 


___________________________
Jom tengok rancangan baru Siakap Keli x Kaki Share iaitu Akak Travel tonton video best ni :


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon