Kanak-Kanak Usia 3 Tahun Yang Hilang Bersama Pengasuh, Nadyne Shazia Telah Selamat Dijumpa Dan Kini Kembali Ke Pangkuan Keluarga


Berita kehilangan kanak-kanak Nadyne Shazia menjadi viral dan orang ramai turut membantu menyebarkan info agar kanak-kanak tersebut dijumpai dengan segera. 

Dan menerusi status terbaru dari bapa kepada kanak-kanak tersebut, Nadyne telah dijumpai dan dikembalikan ke pangkuan mereka. Berikut adalah perkongsian penuh dari bapanya itu. 


Terdahulu,  kanak-kanak perempuan yang berusia tiga tahun itu telah dilaporkan hilang dari rumahnya di Taman Melati. Nadyne dipercayai hilang selepas keluar bersama pengasuhnya dari rumah mereka di Kondominium Putravilaa kira-kira jam 10 pagi. 

Ketika kejadian, ibu bapa kanak-kanak tersebut sedang bekerja. Mereka hanya menyedari kehilangan anankya selepas ibu kanak-kanak itu pulang ke rumah pada jam 7 malam. 


"Semasa saya sampai ke rumah, anak saya dan pengasuhnya tiada dalam rumah". Ibu Nadyne kemudian bergegas ke pengurusan kondominium itu untuk memeriksa rakaman CCTV dan mendapati pengasuh serta anaknya telah keluar pada jam 10 pagi. 

Menurut ibu mangsa, pengasuh tersebut bernama Nesvita Zefrinawati Tanjung berasal dari Indonesia baru sahaja bekerja di rumahnya bulan lalu selepas sambutan Aidilfitri.


Menurutnya lagi, pembantu rumah itu kini telah menghantar pengasuh mereka ke balai polis untuk tindakan lanjut. - www.kakishare.my
___________________________
Jom tengok rancangan baru Siakap Keli x Kaki Share iaitu Akak Travel tonton video best ni :



Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon