Kantoi,Pelajar Kolej Buang Bayi Dalam Lubang Tandas Sebuah Stesen Minyak



Kejadian dilaporkan berlaku di Thailand apabila seorang pelajar kolej di Songkla didakwa kerana membuang bayinya yang baru dilahirkan ke dalam lubang tandas di sebuah stesen minyak di Khlong Phon, Krabi, semalam.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Nayong, Supritenden Chaiwut Thanyaniti, pelajar berusia 18 tahun itu berjaya ditahan di dalam sebuah bas ketika dalam perjalan untuk pulang ke kampungnya yang terletak di Phuket.

“Identiti suspek dikenalpasti berdasarkan keadaan pakaiannya yang dipenuhi darah. Suspek juga telah mengaku melahirkan bayi berkenaan dan membuangnya di dalam lubang tandas,”ujar Chaiwut.




Chaiwut berkata, pelajar itu telah dihantar ke Hospital Nayong untuk menerima rawatan.Sementara itu, pemandu bas tersebut berkata, ketika bas melalui Khlong Phon, pelajar itu meminta untuk berhenti di stesen minyak sebentar kerana badannya ‘tidak sihat’ sebelum kembali meneruskan perjalanan ke Phuket.

Dalam kejadian itu, bayi perempuan itu ditemui oleh Datuk Bandar Khlong Phon, Napornwisit Polngor kira-kira pukul 3 petang.

Napornwisit berkata, dia terdengar suara bayi menangis ketika menggunakan tandas lelaki.



“Saya keluar untuk memeriksa dan terkejut menemui seorang bayi perempuan yang berlumuran darah di dalam tandas wanita. Bayi tersebut masih mempunyai pusat jadi saya menghubungi pihak hospital untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

Bayi malang seberat dua kilogram itu kini dalam penjagaan rapi di hospital yang tidak didedahkan lokasinya. mujur dia masih hidup , kalau tidak naya je!

www.kakishare.my

____________________________________________________
Jom tengok rancangan baru Siakap Keli x Kaki Share iaitu Akak Travel tonton video best ni :



Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon