Bergaduh pasal berebut pakwe atau makwe masa zaman sekolah mungkin perkara biasa dalam menempuh alam remaja. Bila terkenang kembali zaman persekolah ada yang indah dan ada yang pahit.
Terbaru, viral di media sosial video sekumpulan remaja perempuan yang bergaduh kerana tidak berpuas hati berebut teman lelaki.
Menerusi video tersebut remaja perempuan berbaju biru hitam dipercayai kadet polis dilihat menampar remaja perempuan yang berbaju kadet bomba. Sebelum itu, berlaku 'perang mulut' antara mereka.
Rata-rata netizen yang menonton memberi nasihat kepada remaja perempuan yang bergaduh kerana zaman persekolahan ini lebih baik menumpukan kepada pelajaran.
Malah netizen juga memberi pendapat tidak berbaloi untuk berebut teman lelaki kerana perjalanan hidup mungkin masih lagi panjang.
Mungkin ianya bakal menjadi kenangan di alam remaja. Siapa yang tak pernah gaduh masa sekolah dulu kan? - www.kakishare.my
___________________________Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon