Wanita Hamil Dibelasah Teman Lelaki Selepas Bertengkar Kerana Ada Skandal Di 'LINE'


Betapa dayusnya seorang lelaki yang sanggup membelasah kekasih sendiri yang sedang hamil hingga alami kecederaan di kepala . 

Menurut Coconuts , Yodwadee Junsupong, 23 telah hadir ke Balai Polis Sai Mai , Bangkok dalam keadaan berlumuran darah dan telefon serta tablet miliknya pecah selepas berlaku pertengkaran dan diserang oleh teman lelakinya Chonlawit Hiranchatchawan yang baru dikenali 7 bulan lalu untuk membuat laporan polis.

Yodwadee telah hadir bersama abangnya Shane Rajatabhaiboon yang telah memuatnaik status menceritakan kejadian serta gambar adiknya yang dipukul teruk .


                
Status yang menceritakan kejadian itu kemudiaanya menjadi tular di media tempatan .

Menurut Shane , adiknya itu yang sedang hamil 2 bulan diserang teruk oleh kekasihnya dan lebih teruk lagi anak yang dikandung itu adalah anak kepada lelaki berkenaan .

' Dia mengandung dua bulan , saya ingin nyatakan dia sedang mengandung dua bulan .

Orang yang memukul itu adalah bapa kepada anak dalam kandungan adik saya yang masih belum lahir . Saya beritahu adik untuk tinggalkan dan dapatkan keadilan melalui undang-undang '


Menurut cerita kejadian , pada ketika itu Yodwadee dapat tahu Chonlawit sedang berchatting dengan seorang gadis di aplikasi LINE .

Mereka kemudiannya bertengkar sebelum lelaki berkenaan bertindak kasar dengan memukul teman wanitanya itu .

Meskipun tahu teman wanitanya sedang hamil , lelaki berkenaan tetap memukul tanpa belas kasihan dan memecahkan telefon serta tablet milik Yodwadee .






Menurut Ketua Polis , Capt. Sathit Paokaew , lelaki itu terlebih dahulu menghubungi pihak polis dan memaklumkan bahawa pergaduhan itu di antara gilfriend dan boyfriend . Malah dia telah menawarkan bantuan kecemasan kepada Yodwadee namun ditolak oleh wanita berkenaan .

2 jam selepas serangan , Yodwadee terus membuat laporan polis kira-kira jam 1.30 pagi ditemani abangnya sebelum dimasukkan ke rawatan kecemasan .

Bayi dalam kandungan itu disahkan selamat dan Yodwadee kini dalam proses pemulihan dari trauma. Chonlawit kini dalam buruan polis . - ks


sumber : Khun Shane Rajatabhaiboon
____________________________________________________

Jom tengok rancangan baru Siakap Keli x Kaki Share iaitu Akak Travel tonton video best ni :



Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon