Pakaian seseorang itu kadang kala tidak mencerminkan siapa dirinya yang sebenar. Pandangan orang mungkin negatif tetapi tiada siapa tahu mungkin tersimpan seribu rahsia. Mungkin ini juga yang terjadi pada seorang pemuda Indonesia bernama Sofyan Alop.
Baru-baru ini kecoh di media sosial, video seorang pemuda berambut 'dreadlock' sedang mengimamkan solat Maghrib di sebuah surau di Jakarta. Dalam video tersebut, netizen berasa amat terkejut dengan kelunakan serta kemerduan suara pemuda itu membaca ayat suci Al-Quran.
Video yang berdurasi selama 2 minit itu kemudian menjadi viral di kalangan netizen kerana perwatakan pemuda tersebut kelihatan sangat kontra dari penampilan dirinya yang tidak ubah seperti penyanyi reggae.
Pemuda yang hanya mahu dikenali sebagai Sofyan Alop itu dirakam sedang membaca surah Al-Fatihah dan disambung dengan surah Al-Jumu'ah. Sofyan tidak menyangka dirinya dirakam dan dimuat naik ke media sosial. Malah dia juga terkejut video tersebut menjadi viral.
Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon