Fenomena gelombang Korea bukanlah suatu perkara yang baru di negara kita. Malah, gelombang yang berasal dari Korea Selatan ini telah berjaya 'merasuk' jutaan peminat di seluruh dunia.
Bagi peminat drama Korea (K-drama) khususnya, ramai peminat yang mengaku menjadi ketagih dan sukar untuk berhenti menonton.
Namun baru-baru ini ada sebuah drama komedi Korea Selatan berjudul 'Man Who Dies To Live' yang disiarkan sejak 19 Julai lalu dikatakan menghina dan mencemarkan imej Islam, akibatnya menimbulkan ketidakpuasan pengguna maya dan menyinggung perasaan penonton beragama Islam.
Memetik laporan Jakarta Post, kisah drama tersebut menceritakan kisah Jang Dal-goo, lakonan Choi Min-soo menjadi kaya ketika menjelajah ke sebuah bandar di Asia Barat.
Antara babak yang menimbulkan kemarahan netizen terutamanya penonton Islam, apabila Dal-goo yang diberi nama Arab iaitu Saeed Fahd Ali kelihatan berbaju jubah dan serban serta disambut oleh wanita yang memakai baju renang.
Malah satu lagi babak menampilkan pelakon itu meminum air wain ketika sarapan dengan lengkap berpakaian seperti orang Arab. Yang paling kontroversi adalah babak ketika Dal-goo duduk sambil meletakkan kaki di atas senaskah buku yang dipercayai Al Quran.
Syarikat MBC kemudian meminta maaf di akaun sosial media rasmi milik mereka dan berkata bahawa semua karakter, nama, dan tempat adalah rekaan semata-mata.
"Kami meminta maaf sekiranya telah mengguris hati mana-mana pihak kerana drama tersebut," jelas kenyataan itu yang dikeluarkan dalam bahasa Arab, Inggeris dan Korea.
MBC juga memberitahu bahawa mereka akan mengambil langkah yang lebih berhati-hati dalam produksi filem. - www.kakishare.my
___________________________Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon