Budak Darjah Tiga Dicabul Dan Dipaksa Tengok Guru Beronani Depan Matanya Selama Sejam Dalam Tandas Guru


Zaman sekarang ni jenayah seks berada di mana-mana dan paling menakutkan dalam sekolah pun turut berlaku. Baru-baru ini, seorang murid tahun 3 telah lambat hadir ke perhimpunan sekolah namun punca sebenar amat mengejutkan orang ramai! 

Menurut satu laporan The Star, murid tersebut telah lambat ke perhimpunan dan ditahan dan disoal guru namun murid tersebut tidak dapat memberi penjelasan yang memuaskan hati. 

Murid tersebut hanya mendiamkan diri apabila ditanya dan dia tidak mahu menjawab sebarang soalan mengapa dia lewat hadir ke sesi perhimpunan. Namun, selepas disiasat oleh pihak sekolah melalui bantuan rakaman CCTV yang dipasang di sekolah berkenaan telah memaparkan sesuatu yang agak mengejutkan. 

Menerusi rakaman tersebut murid berkenaan telah singgah ke tandas guru lelaki tetapi bukanlah untun memonteng kelas kerana terjadi satu tragedi hitam buat pelajar tersebut setiap kali dia memasuki tandas guru tersebut. 

Setiap kali murid tersebut masuk ke tandas guru itu, seorang guru lelaki turut muncul mengekori murid itu. Lebih pelik lagi mereka akan keluar satu jam kemudian. Akhirnya perbuatan guru tersebut telah terbongkar apabilah pihak sekolah mendapati guru ganti itu telah melakukan perbuatan yang tidak senonoh bersama murid terbabit untuk memuaskan nafsu guru tersebut. 

Guru lelaki tersebut telah menyentuh dan mencabul murid berusia 9 tahun itu. Dan lebih menjijikkan murid tersebut dipaksa melihat aksi guru tersebut melakukan onani di depan matanya. 

Pihak sekolah telah pun memecat guru ganti tersebut dan kes tersebut telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. - www.kakishare.my

___________________________
Jom tengok rancangan baru Siakap Keli x Kaki Share iaitu Akak Travel tonton video best ni :


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon