Komen penyanyi tersohor negara, Siti Nurhaliza berkaitan pertembungan antara Pemuda UMNO dan Pemuda PPBM di Sunway Putra Mall di ibu negara, 25 Julai lepas buat pemuda UMNO sentap!!
“Yang kuat gaduh tu patut hantaq pi Palestin baguih.”
“Buku bertemu ruas. Dada pun kembang. Mari bertenang,” tulis Siti Nurhaliza bersama emoticon ketawa di laman Intagram.
Exco Pemuda Umno Datuk Armand Azha Abu Hanifah berang dengan komen tersebut.
Armand berkata Siti perlu bertanya bila suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, akan ke Palestin dan membantu rakyat di sana.
“Cuba tanya bila Datuk K hendak ke Gaza Palestin?” tulisnya di Facebook serta turut memuat naik video dan gambar menunjukkan bukti Pemuda Umno menyertai misi di Palestin.
Dalam pada itu Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencelah mempertahan Siti.
“Kalau ahli politik tidak ingin rakyat biadab, ahli politik perlu beradab!” kata Syed Saddiq dalam kenyataan hari ini.
“Saya tahu Pemuda Umno pernah ke sana dan saya berbangga dengan Pemuda UMNO yang terlibat dengan misi kemanusiaan ke Palestin dan tahniah untuk itu…Janganlah disebabkan peranan yang dimainkan oleh orang lain tidak sebesar kita, kita mempersoalkan pula sumbangan mereka…Janganlah kerana politik kita lupa diri,” kata Syed Saddiq.
“Teguran itu ditujukan kepada kedua-dua belah pihak, bukan sahaja pada Umno,” katanya
www.kakishare.my
Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon