Single I Am Me dari Datuk Seri Vida terus mencetuskan fenomena luar biasa dalam mahupun di luar negara. Video yang dimuat naik ke dalam Youtube juga telah mencecah sehingga 2 juta tontonan.
Lagu tersebut juga menjadi perhatian netizen sehingga banyak parodi yang dihasilkan di kalangan artis tempatan mahupun selebriti online sejak dilancarkan dua minggu lalu.
Terbaru, DSV mencabar penyanyi No.1 negara Datuk Siti Nurhaliza untuk turut sama menyanyikan lagu beliau itu. Menurut Datuk Seri Vida, orang ramai menerima lagu yang dinyanyikan olehnya kerana ramai yang membuat parodi lagu berkenaan.
"Sekarang saya nak seru Siti (Nurhaliza) bawa lagu saya ini... tapi boleh ke dia? Saya nak tengok I Am Me versi Datuk Siti pula," katanya.
Menurut beliau lagi, dia pada mulanya berasa bimbang jika nyanyiannya tidak mencapai tahap yang diinginkan tapi rasa bersyukur setelah ianya meletup dan menjadi viral di seluruh dunia.
DSV juga turut berkeinginan untuk menjadi komposer satu hari nanti dan memilih Janna Nick sebagai penyanyi kerana perangai gila-gila yang sama dengannya.
Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon