Perlawanan Liga Super antara JDT dan Perak semalam menyaksikan satu kontroversi lagi yang melibatkan pasukan dari Harimau Selatan itu. Perlawanan tersebut menyaksikan pasukan JDT mengalahkan pasukan Perak dengan jaringan 2-1 hasil jaringan Mohammed Ghaddar.
Namun, gol tersebut dikatakan offside sehingga ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil tersebut. Malah, pengulas ketika siaran langsung perlawanan tersebut juga mengatakan gol tersebut adalah offside.
Segelintir netizen juga telah menuduh pengadil tersebut telah dibeli oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ). Malah ada yang menjadikan gol tersebut sebagai bahan lawak untuk menyindir pengadil tersebut.
TMJ dalam satu video yang dimuat naik ke laman Facebook Johor Southern Tiger telah menjawab pelbagai tuduhan yang dilemparkan dengan sindiran yang menarik.
Baginda turut mengakui mutu pengadilan dalam perlawanan tersebut agak teruk dan mengakui gol jaringan Ghaddar ternyata offside. Ikuti jawapan penuh TMJ mengenai gol tersebut di bawah.
Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon