'Kami Dah Biasa Naik Motor Pergi Mana-Mana' - Kisah Pasangan Muda Ini Nak Ke Cameron Highlands Buat Netizen Terharu


Mungkin ini kisah yang patut menjadi tauladan buat semua. Jika kita rasa susah, masih ada lagi mereka yang lebih susah dari kita. Setiap keluarga pasti ada kenangan ketika susah dan senang bersama. Bersyukurlah dengan rezeki yang telah diberi oleh Allah SWT. 

Terbaru, satu perkongsian dari Nurul Komuniti Hj Kuantan mengisahkan sepasang keluarga kecil dalam perjalanan ke Cameron Highlands dengan hanya menaiki motosikal kapcai. Namun apabila dipelawa untuk ditumpangkan mereka menolak secara sopan. Ikuti perkongsian penuh dibawah. 


Abang Kakak Tolonglah Berhenti..!! Kali ke 3 kitorang panggil dan merayu supaya berhenti akhirnya mereka tersenyum kepada kami lalu berhenti.

Ya Allah ! "Kakak nak pergi mana?" Tanya kitorang. "Nak naik atas (Cameron Highland)"

"Marilah naik kak, kami pun nak naik atas. Kereta pun kosong. Marilah..kesian baby tu dengan adik" pelawa kami.

"Eh takpelah. Tak payah susah2. Bukan tak mahu, tapi kitorang dah biasa naik motor pergi mana-mana" ujarnya sambil senyum menolak perlawaan kami.

Tergamam sekejap. Tiba2 baby yg dipangku tadi terbangun. Keletihan dan mengantuk agaknya. Serba salah jadinya.

"Marilah kak, betul ni kami pun nak ke atas. Akak naik sekali dengan anak2" kami minta lagi. Dalam hati kesian sangat aduhai..

"Eh tak pelah cik, diorang dah biasa Insyaallah selamat sampai" balasnya.

3 kali perlawaan juga ditolak baik2. Akhirnya mereka minta diri dulu. Nak tak nak kami terpaksa mengalah. Dalam hati, bermacam2 pikiran. Last2 menitis air mata aku. Tak sedar huhu.

Sebak dan kagum sangat2 dengan pasangan ini. Ya Allah kau limpahkanlah rezeki melimpah ruah dan kebahagian kepada pasangan ini. Kurniakanlah Rahmatmu dan Kesejahteraanmu. Amin Ya Allah. - www.kakishare.my
___________________________
Jom tengok rancangan baru Siakap Keli x Kaki Share iaitu Akak Travel tonton video best ni :


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon