Memandu laju adalah perkara biasa bagi orang muda. Keseronokan memandu dengan laju memang tidak dapat digambarkan dengan perkataan. Namun, kita kurang pantas untuk berfikir dan membuat keputusan dalam melihat sesuatu keadaan di jalan raya.
Mungkin ini yang terjadi kepada penunggang motosikal berkuasa tinggi yang mengambil ringan akan aspek keselamatan diri dan pemboncengnya.Menurut saksi, Manster Wirman, motor tersebut dibawa menerusi Lebuhraya Central (CTE) dan Lebuhraya Seletar (SLE) sebelum susur keluar ke Lentor dan Yishun.
Penunggang motosikal itu dilihat memecut laju dan menukar lorong dengan sesuka hati. Oleh kerana kelajuan motor tersebut, penunggang motosikal tersebut tidak sempat untuk menekan brek untuk mengelak sebuah kereta yang rosak di lorong paling kanan.
Apa yang tambah mengerikan ialah pembonceng motosikal tersebut tercampak dan mendarat dengan kepala dahulu ke jalan raya. Walaupun pembonceng tersebut memakai topi keledar keselamatan, cara pembonceng itu jatuh nampak seperti mengundang maut.
Sejurus selepas Manster memuat naik video tersebut di Facebook, netizen mula berdebat sesama sendiri dan menyalahkan pemandu kereta dan penunggang motosikal tersebut. Ada sesetengah netizen beranggapan bahawa kereta tersebut hendaklah berhenti di lorong kecemasan dan bukannya di lorong paling kanan dimana kenderaan agak laju.
Segelintir netizen pula menyalahkan penunggang motosikal tersebut kerana menunggang dengan kelajuan yang agak membahayakan.
Malah ada juga netizen menyalahkan saksi tersebut Manster sebagai punca kemalangan kerana dia memberhentikan keretanya di tengah-tengah lorong.
Malah ada juga netizen menyalahkan saksi tersebut Manster sebagai punca kemalangan kerana dia memberhentikan keretanya di tengah-tengah lorong.
Tak kira siapa yang salah, kemalangan tragik ini mengejutkan ramai netizen kerana impak yang memberi maut dirakam dalam video. Semoga kisah ini dapat memberi pengajaran kepada semua pengguna jalan raya supaya lebih berhemah dan berhati-hati.
Namun, jika penunggang motosikal tersebut tidak membawa dengan laju, kemungkinan penunggang tersebut mampu untuk memberhentikan motornya dan mengurangkan impak kemalangan. Ingat, kelajuan itu membunuh. - www.kakishare.my
___________________________Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon