Kebanjiran warga asing ke negara ini mencari rezeki mungkin ada pro dan kontranya. Namun, sejak dua menjak ini pelbagai penyakit seperti TB juga sudah kembali kerana rata-rata pekerja asing ini tidak di vaksin terlebih dahulu.
Malah, jika hari cuti umum tempat-tempat tumpuan seperti di Pasar Seni, Kotaraya mahupun KLCC akan penuh dengan warga asing ini yang rata-ratanya dari Bangladesh, Nepal ataupun Indonesia.
Namun, ada segelintir daripada mereka ini mempunyai sikap atau perangai yang negatif malah sudah berani 'naik tocang'. Terbaru, satu paparan mesej menjadi viral di media sosial kerana warga asing dipercayai Bangladesh sudah berani 'lawan tokei'.
Menerusi paparan mesej tersebut seorang pekerja Bangladesh sudah berani mengugut pekerja TNB yang dikatakan telah memotong bekalan elektrik di kawasan mereka. Baca paparan mesej tersebut berikut:
Agak pening juga membaca mesej tersebut, namun tidak dapat dipastikan sama ada perbualan ini benar-benar wujud ataupun hanyalah gurauan semata-mata. Namun, bagi netizen mereka turut berkongsi kisah dan pengalaman buruk yang pernah mereka hadapi denga warga asing di negara ini.
Walaupun begitu, segelintir warga asing ini juga ada yang baik hati. Bak kata pepatah, rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. - www.kakishare.my
___________________________Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon