Aktiviti mendaki bukit merupakan salah satu aktiviti yang makin mendapat tempat di kalangan orang ramai terutamanya penduduk di Lembah Klang. Salah tempat yang paling popular adalah Bukit Broga yang terletak di Semenyih.
Baru-baru ini, satu video yang dimuat naik oleh Helmi Hendri menjadi viral kerana Bukit Broga telah dikenakan caj sebanyak RM1 untuk mendaki bukit tersebut. Kawasan rekreasi itu mula dikenakan caj oleh orang perseorangan yang kini menjaga kawasan berkenaan sejak awal bulan ini.
Terbaru, seorang netizen Iskandar Rahman Zulkarnain memuat naik satu video mengenai satu penipuan oleh 'penjaga' kawasan berkenaan. Menurut beliau, pemilik tanah tersebut telah berpakat dengan orang asli di kawasan itu supaya menghalang laluan percuma dan menyuruh para pendaki untuk melalui laluan berbayar. Ikuti penjelasan penuh dari netizen tersebut.
PENDAKI BUKIT BROGA DITIPU UTK KUTIP DUIT UTK GUNA LALUAN BERBAYAR
Patut la banyak pokok tumbang rupanya ada agenda. Minggu lepas kawan saya buat road marking di bukit broga ke gunung tokwan.
Dia dimarahi org-org yg kononya menjaga laluan yg berbayar. Menurut beliau cina pemilik tanah berpakat dgn org asli utk bahagikan hasil kutipan dgn syarat org asli tu kena tebang pokok dilaluan free dan suruh org lalu di laluan berbayar.
so siapa yg lalu juga dilaluan free akan di maki hamun. Hati-hati semua...tarah bukit untul kutip duit rupanya.
Malah, beberapa keping gambar yang dimuat naik oleh lelaki tersebut melihatkan sebahagian daripada kawasan bukit tersebut telah dibakar mungkin dengan tujuan untuk pertanian.
Rata-rata netizen turut meluahkan rasa kecewa dengan keadaan Bukit Broga dulu yang tidak seindah seperti dulu. Malah mereka yang sering ke sana mahukan pihak berkuasa mengambil tindakan jika terdapat unsur-unsur yang mencurigakan.
Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon