Desas Desus Kencang Hanez Suraya BERCERAI. Ini Kenyataan Terbaru Hanez Yang Buat Semua DIAM !!! | BEBERAPA hari selepas Hanez Suraya memfailkan penceraian terhadap suaminya Romie Razin Adilha Abd Rais di Mahkamah Rendah Syariah di Shah Alam, pelakon itu tampil menjelaskan mengenai rumahtangganya itu di laman Instagram.
Menurut Hanez, hubungan antara suaminya masih bahagia dan tiada apa yang berlaku. “Sememangnya kami hanya manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan.
“Alhamdulillah rumahtangga kami masih kekal.
“Apa yg terjadi biarlah kami berdua selesaikan dan tidak perlu ada spekulasi yang menjadi tokok tambah dari pihak-pihak tertentu,” katanya.
Terdahulu, Hanez diwakili oleh peguamnya memfailkan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah di Shah Alam terhadap suaminya, Romie Razin Adilha Abd Rai.
Berita pergolakan rumah tangga Hanez atau nama penuhnya Hanez Suraya Abdul Aziz sudah lama menjadi perhatian umum bagaimanapun ia reda apabila pasangan tersebut sama-sama mencari jalan penyelesaian dengan bercuti ke luar negara baru-baru ini.
Menurut pelakon yang popular dengan drama Love You Mr Arrogant itu, dia memohon maaf kepada semua pihak sekiranya mengambil langkah untuk berdiam.
“Bukan berdiam bermaksud saya mengiyakan atau menafikan cuma mengambil masa untuk mencari ruang untuk tenang.
“Tiada apa yg saya ingin jelaskan di atas apa yang terjadi. Sememangnya kami hanya manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan,” ujarnya.
Hanez turut menghargai sokongan yang diterima dari keluarga, teman rapat, media dan peminat yang sentiasa semangat dan mendoakan yang terbaik buatnya dan suami.
Pasangan tersebut melangsungkan perkahwinan pada 25 Mac 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Puteri Aleesya berusia 13 bulan.
P.S. 1 – CCTV JPJ Rakam Imej Bungkusan Kain Kapan Dalam Kereta Warga Singapura Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – ANEH Suami Selalu Pulang Rumah Mak. Akhirnya Apa Yang Suami Buat Di Rumah Maknya TERBONGKAR !!!
P.S. 3 – Malam Pertama Saya Salin Pakaian Di Bilik Lain. Gara-Gara Ini Suami Buat Sesuatu Di LUAR JANGKA !!!
P.S. 4 – Suamiku Seorang Yang Amat Baik Tapi Disebabkan Satu SEBAB, Aku TERLANJUR Dengan Rakan Sekerja !!!
P.S. 5 – Seluruh Penduduk MURTAD. 30 Tahun Pakcik Ni TERPAKSA Solat Sendirian…. Allah Allah…
The post Desas Desus Kencang Hanez Suraya BERCERAI. Ini Kenyataan Terbaru Hanez Yang Buat Semua DIAM !!! appeared first on BERITA HARIANI.
Sumber : berita hariani
Sumber :
EmoticonEmoticon