Ibu Dera Anak Hingga Maut Bakal Dihukum Gantung

Ibu Dera Anak Hingga Maut Bakal Dihukum Gantung|Kajang: Seorang ibu yang dipercayai mendera anak kembar lelakinya sehingga seorang daripada kanak-kanak lelaki itu maut didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas empat tuduhan termasuk membunuh mangsa di sebuah apartmen minggu lalu.
Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada bekas pekerja kafe Siti Nurraihan Ahmad, 24, sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nor Afidah Idris.
Wanita yang memakai tudung dan baju-T itu dilihat tenang dan hanya menundukkan kepalanya di dalam kandang tertuduh sepanjang prosiding.
Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa membunuh Muhammad Aqeel Arfan Abdullah, berusia dua tahun 11 bulan, 12 tengah malam pada 9 Januari lalu di Apartmen Teratai, Jalan Sutera 1/5, Taman Sutera dan dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika disabit kesalahan.
Dalam prosiding itu, wanita terbabit juga mengaku bersalah atas dua pertuduhan, iaitu menyebabkan kecederaan parah terhadap adik kembar mangsa dan menganiayanya sehingga menyebabkan kecederaan fizikal, masing-masing jam 6 petang pada 4 Januari lalu dan antara Ogos 2016 hingga Januari ini di tempat sama.
Bagaimanapun, wanita berkenaan mengaku tidak bersalah atas tuduhan menganiaya anak bongsunya, Nur Suhaina Nasuhah Abdul Latif yang berusia sembilan bulan sehingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadap kanak-kanak itu antara Ogos 2016 hingga Januari ini di tempat sama.
Mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 17 Mac ini sebagai sebutan semula kes.
http://ift.tt/2isXhRW


Sumber : penhijaudaun

Sumber :


EmoticonEmoticon