Inilah 14 Makna Tersirat Disebalik Cover Album Faizal Tahir Yang Ramai Tak Tahu..Bukan Saja2 Reka !!!

Inilah 14 Makna Tersirat Disebalik Cover Album Faizal Tahir Yang Ramai Tak Tahu..Bukan Saja2 Reka !!! |Kulit album terbaru Faizal Tahir, Anotomi didakwa mempunyai unsur iluminati dan menerima pelbagai respon daripada netizen. Ramai juga yang mengkritik Faizal yang terlalu ikutkan cara orang barat.

Di Facebook, pereka kulit album Anatomi tampil memberi penjelasan. Apa katanya?

Konsep pertama

1st Concept

Setelah faizal agree dgn scamp option 01, dan concept Illustration telah dipilih maka aku pun mula lah create the tone of shadow untuk senang nak color.

dari sini faizal add lg element yg berkenaan dgn life dia klu korang perasan ade Banksy punya graffiti girl di belah kanan bawah kerna faizal sgt suka Banksy punya graffiti, kuda telah dimasukkan kerna faizal lahir pada tahun kuda, satu perempuan berhijab nampak tak nmpk muka melambangkan kaum Hawa dan budak naik liverbird tu aku bayangkan sifat diri kanak2 faizal melihat kehidupan diri dia

time aku buat ni rasenye faizal pi syria…

Konsep kedua

2nd concept

*(artwork belah kiri)
waktu ni faizal baru balik dari bercuti ngan family dia, faizal tak berape gemar dgn concept 1st so dia ubah struktur design nya. back to the drawing board aku scamp lg concept yg baru dgn element yg bapak byk faizal tambah seperti, Banksy TV children, Peace sign, Hot air balloon dari cerita The book of life (sebab anak dia suka cerita tu), atom, kuda kembar, scorpion dan galaxy dgn alien spaceship.

faizal bgtau aku buat as trippy as possible dgn tone color yg vibrant agar bukan sahaja dewasa akan suka tapi budak2 sekali (satu cabaran yg sgt susah)

*(artwork belah kanan)
time ni aku rase artwork nmpk berserabut so aku layoutkan balik menggunakan theater punya susunan belah kanan dan kiri ade side display dan aku mskkn kain merah theater sebab aku pakai idea “Dunia umpama wayang gambar” punya quotes

aku fill in lg byk element seperti floating island, horn trumpet (aku bayangkan sebagai sangka kala), a half globe, burung helang, scene waktu faizal nyanyikan di syria dan budak tu menangis, piano road utk TV children, hijab girl telah dipurdahkan, Banksy girl flying dgn balloon dan wording title lirik aku selitkan di element2 tu

waktu ni faizal pi umrah so lost comm heheh tunggu dia balik…

Hampir siap

2nd concept (almost final)

*(artwork belah kiri)
setelah aku dah colorkan tinggal nak clean upkan lg coloring je, faizal ubah fikiran dia tak nmpk artwork ni menonjol so back to brainstorming lg waktu nu dah bulan ke 5 rasenye.

setelah berbincang faizal agree utk change to surreal punya concept mcm Michael Jackson Dangerous cover album tu (tapi Mark ryden yg buat cover tu dia painting ambil masa 6 bulan utk siap

aku bgtau warner dan faizal utk aku surreal kan artwork tu aku perlukan sebulan atau lebih utk re modelkan balik semua likisan aku tu sebab aku tak pandai nak buat realistic painting.

*(artwork belah kanan)
so bermulah balik pelan2 aku modelkan each element ade yg aku guna free stock photos ade yg aku manipulate ade yg aku buat 3d pakai photoshop, burung liverbird tu aku pakai berbelas gambar burung utk jadikan dia fuhhh letih bak hang….

scene faizal nyanyi di syria kami bercadang utk ubah muka faizal jadi arnab sebab dia aku pun lupa time disscuss tu semua terlebih caffeine hehehe

Rujukan ‘design’

inilah sebahagian dari reference yg aku gunakan sebagai inspirasi

ade yg aku tak ingat nama artis dia, yang aku ingat

Mark ryden, james jean, salvador dali, davincci dan hurm tak ingat nama hehehe

Maksud setiap elemen

Final Album cover

inilah album cover yg final aku suruh faizal stop dari tgk ref lg sebab klu tak dia kan nak ubah lg hahaha, di sini aku akan listkan element2 dia agar korang semua tahu ape maksudnya

  1. kuda kembar hitam dan putih dan bertompok – simbolik kepada yin dan yang dan tahun kelahiran faizal, tahun kuda.
  2. budak surf diatas spaceship – aku menggambarkan the next generation, dan how creativity dan inspirasi mampu menjana minda generasi akan datang.
  3. Purdah Women – simboliknya ialah “All the world weight in a woman shoulder”, sarang burung diatas kepalanya menggambarkan keluarga yang di jaga dan diasuh, bakul rotan yg dipenuhi air ialah ketabahan seorang wanita, ikan paus melambang kan betapa beratnya pengorbanan mereka
  4. Air Balloon – keseronokan dan happiness seseorang apabila dapat melihat dunia dengan perspective yang berbeza.
  5. Peace Sign – di ambil dari graffiti Banksy dan dari peace sign berpecah menjadi rama2 simbolik kepada spread the peace with love.
  6. Floating teacup – trippy alice in wonderlang sebab faizal suka movie tu dan aku menggambarkan cawan itu sebagai kehidupan seseorang yang akan penuh apabila dituangkan air, aku rase aku dpt idea ni dari a chinese proverb tak engat yg mana.
  7. TV children in a piano road – inspirasi dari Banksy graffiti, kanak2 tu melambangkan generasi sekarang yg dipengaruhi dgn media masa, ade satu mata kat situ klu korang perasan aku bayangkan itulah the secret hand that dictate our life.
  8. Scene Faizal nyanyi di syria – scene faizal nyanyi bermuka arnab rasenye maksud idea ni ialah faizal as entertainer aku pun tak ingat sgt hehehe
  9. Banksy flying girl – di ambil dari graffiti banksy melambangkan kanak2 yang memerlukan dorongan dan support dari kita ni yg dewasa utk mereka terbang jauh
  10. Sayap Liverbird – sayap dan ekor liverbird ikon kepada Liverpool football team fav faizal, at the same time aku nmpk sayap tu bermaksud melindungi semua yang faizal sayang family dia, career dia dan fans dia
  11. Galaxy – ok aku tak ambil ni galaxy mana aku cuba bayangkan another solar system yang lain dgn habitat yang lain melambangkan betapa besarnya ciptaan Nya
  12. Assalamalaikum in jawi – ok ramai orang kata tu tatu jawi tapi sebenarnya aku create dia as urat di tgn faizal melambangkan agama yang mengalir di dalam badannya
  13. Kubah Al Aqsa – melambangkan perjalanan faizal itself dlam humanitary cause
  14. Atom dengan blood pallete – melambangkan betapa penuh seninya Allah mencipta kita dari zarah2 yang kita tak mampu lihat dgn mata kasar
  15. Nombor “99” dan “66” – kanan aku tulis 99 jumlah Asma ul Husna dan kiri 66 nombor yg manusia sgt suka relatekan dengan kejahatan atau evillll. heheheh

*baru di add in – tgk dekat bawah bendera malaysia dan bawah horizon kl city bleha kiri dan kanan

sekian itu adalah sebahagian dari element penting yang faizal ingin tonjolkan album ini melambangkan tentang kehidupan dia, pengorbanan dia, perjalanan career seni dia dan kepercayaan dia utk dikongsi dengan peminat2 dia.

design ini boleh dilihat dari sudut positif mahupun negatif ia merupakan satu ujian paras minda kita sendiri sama ada mahu melihat yang baik atau yang buruk. bagi aku isu faizal tidak berbaju merupakan satu perkara yg sgt berani kerna faizal tak bg aku edit langsung badan dia kerna dia menhargai kelebihan atau kecacatan yang telah di kurniakan oelh Nya.

Overall aku tak sangka design in akan viral walaupu kami dah bersedia utk dikecam oleh pihak yg tidak faham akan maksud dan erti design ini, tetapi aku sgt gembira kerna design ini telah membuka mata byk pihak dalam memahami konteks seni dari sudut yg berbeza

dan aku harap agar lepas ini karya2 dari penggiat seni musik yang lain akan lebih berani dlm berkarya agar ia akan menghidupkan kembali kecerian industri musik tanah air kita

sekian terima kasih diatas sokongan semua, maaf jika ade yg aku terlupa nak sebut element dia maklumlah byk sgt heheh

Yours trully
Dannyhan miskam.

*ps: ade 2 rahsia yang aku letak dlm design ini satu initial aku dan satu lg nombor yg membawa byk maksud dlm life aku sape dapat jumpa memang dia power heheheh…selamat mencari ðŸ™‚

Sumber : Dannyhan Miskam

P.S. 1 – Inilah Cara Bersihkan Rumah Suri Rumah Kena Tahu, Tak Payah Pakai Pencuci Mahal Dah. Jimat Duit !!!
P.S. 2 – Ustaz Ini Berani Bongkar Wajah Yakjuj & Makjuj Yang Selama Ini Dirahsiakan Amerika !!!
P.S. 3 – Kisah Jin Islam Dedah Rahsia Segitiga Bermuda..Memang MEREMANG BULU ROMA !!!
P.S. 4 – Selalu Nampak ‘Ulat’ Ni Terbang Di Mata Anda? Inilah Penjelasan Kejadiannya Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 5 – ”PERHATIAN” Para Ibu JANGAN PANASKAN Semula 10 Jenis Masakan Ini, Anda Lihat lah Sendiri Akibatnya !!!

The post Inilah 14 Makna Tersirat Disebalik Cover Album Faizal Tahir Yang Ramai Tak Tahu..Bukan Saja2 Reka !!! appeared first on KITA VIRAL.



Sumber : kitaviral.com

Sumber :


EmoticonEmoticon