'Anak miskin ini sanggup berbaju lusuh demi ilmu' - Cikgu Emmet

Sebak rasa hati melihat kemiskinan adik kecil ini. Dia langsung tidak kisah memakai seragam sekolah yang sudah lusuh, malah sanggup memakai kasut yang sempit demi adiknya. Bukan tidak percaya tetapi hairan bagaimana pihak-pihak yang berwajib boleh terlepas pandang akan nasib golongan yang tidak bernasib baik ini? 


Oleh Cikgu Emmet

Pagi ini, sampai saja ke sekolah, saya bergegas mencari Peter di kelasnya. Saya mendapati dia masih memakai baju lusuh semalam. 

"Peter, kita ke asrama sekarang. Tukar baju kamu yang koyak itu," 

Dia menurut arahan saya. Kami berjalan menuju ke asrama. Tiada sedikit pun riak rasa di wajah Peter. Hanya selamba sahaja. Kalau murid lain, tentu teruja melihat saya menjinjit plastik baju. Tetapi Peter hanya diam, wajahnya pasrah. 

Setibanya di asrama, saya meminta izin melihat lockernya. Hanya sebuah beg yang mengandungi beberapa helai baju lusuh termasuk baju dan seluar sekolah yang carik. 

Foto - Cikgu Emmet
Ya Allah, hebatnya anak ini. Kalau anak-anak orang pertengahan, sudah tentu tidak mahu datang ke sekolah jika tiada baju baru dan kasut baru. Tetapi anak miskin ini sanggup berbaju lusuh demi ilmu. 

"Ini semua baju kamu?" soal saya. 

"Ukai cikgu, bisi baju madik aku," katanya.
(Bukan cikgu, ada sebahagian baju adik saya)

Dia menunjukkan baju adiknya, Petrus. Hanya dua helai sahaja baju dia. Selebihnya adalah baju adiknya. Malah kasut sekolah juga lama.

Yang lebih mengharukan, tahun ini dia memakai kasut adiknya dan adiknya dipakaikan dengan kasutnya. Peter rela memakai kasut sempit asalkan adiknya selesa. Itulah pengorbanan seorang abang. 

Foto - Cikgu Emmet
Peter dan Petrus anak Iban dari Rh Drew Nyelam banyak mengajar kita bahawa miskin bukan dinding penghalang untuk mencari ilmu. Dia tidak malu ke sekolah walaupun berbaju buruk dan koyak. Sebaliknya, dia malu kalau tidak pandai membaca. 

Saya berikan sepasang baju, seluar, kasut dan stokin baru yang saya beli hasil derma seorang sahabat saya semalam. Tetapi, Peter macam serba salah nak pakai. Mungkin dia rasa lebih bagus kalau adiknya yang pakai. Tetapi saya beritahu yang adiknya juga akan dapat baju baru. Barulah dia tersenyum. 


Peter menukar pakaiannya dan hari ini Peter dapat baju baru. 

Terima kasih Puan Azlina dan Puan Olivia kerana membuat beradik di muka bumi ini tersenyum. Terima kasih kerana memudahkan hidup dua orang anak kecil ini. Terima kasih Peter kerana 'mengajar' cikgu akan erti kemanusiaan.

Menulis dengan linangan air mata - Cikgu Emmet

Foto - Cikgu Emmet
Semoga dua beradik ini dimurahkan rezeki dan berjaya dalam usaha mendapatkan ilmu. Bertuah mereka mempunyai guru seperti Cikgu Emmet. - The Reporter
SUMBER : http://ift.tt/29OSAPl


EmoticonEmoticon