“Peter Pakai Kasut Adiknya Yang Sempit, Kasut Sendiri Dia Bagi Adiknya Pakai…”

Lazimnya apabila bermula musim persekolahan yang baru, ibu bapa tidak ketinggalan untuk menyediakan kelengkapan persekolah yang baru untuk anak-anak mereka. Bagi sesetengah ibu bapa yang kurang berkemampuan, tiada istilah ‘shopping’ baju sekolah.
Kisah yang diceritakan oleh seorang guru ini mendapat lebih 3 ribu perkongsian hanya selepas 3 jam dikongsi menerusi akaun Facebook miliknya. Bagaimana pengorbanan seorang abang yang sanggup memakai kasut yang bersaiz kecil milik si adik demi keselesaan adiknya itu.

Tukar baju koyak

screen-shot-2017-01-05-at-11-16-55-am
Terima kasih Peter kerana ‘mengajar’ cikgu.
Pagi ini, sampai sahaja ke sekolah, saya bergegas mencari Peter di kelasnya. Saya dapati dia masih memakai baju lusuh semalam. Peter, kita ke asrama sekarang, tukar baju kamu yang koyak tu. Dia menurut arahan saya. Kami berjalan menuju asrama. Tiada sedikit pun riak rasa diwajah Peter. Hanya selamba sahaja. Kalau murid lain tentu teruja melihat saya menjinjit plastik baju…tapi peter hanya diam..wajahnya pasrah. Setiba di asrama, saya meminta izin melihat locker dia.
Hanya sebuah beg yang mengandungi beberapa helai baju lusuh termasuk baju dan seluar sekolah yang carik. Ya Allah…hebatnya anak ini. Kalau anak anak orang pertengahan sudah tentu tidak mahu datang ke sekolah jika tidak ada baju baru dan kasut baru..tapi anak miskin ini sanggup berbaju lusuh demi ilmu.
Ini semua baju kamu? Ukai cikgu.. bisi baju adik aku…dia menunjukkan baju adiknya Petrus. Hanya 2 helai sahaja baju dia..selebihnya baju adiknya. Malah kasut sekolah juga lama.

Pakai kasut adik

peter
Yang lebih mengharukan tahun ini dia memakai kasut adiknya..dan adiknya dipakaikan dengan kasutnya. Peter rela pakai kasut sempit asalkan adiknya selesa. Itulah pengorbanan seorang abang. Peter dan Petrus anak iban dari Rh Drew Nyelam banyak mengajar kita bahawa miskin bukan dinding untuk mencari ilmu. Dia tak malu ke sekolah walau pun berbaju buruk dan koyak. Dia malu kalau tak pandai membaca.
Saya berikan sepasang baju seluar kasut dan stokin baru yang saya beli hasil derma seorang sahabat saya semalam. Dia macam serba salah nak pakai..mungkin dia rasa bagus kalau adiknya yang pakai…tapi saya beritahu..bahawa adiknya pun dapat baju baru. Barulah dia tersenyum. Peter menukar pakaiannya dan hari ini PETER DAPAT BAJU BARU.
Terima kasih puan azlina dan puan olivia…kerana membuat dua beradik di mukabumi ini tersenyum.

Terima kasih kerana memudahkan hidup dua orang anak kecil ini.
Terima kasih Peter kerana ‘mengajar’ cikgu akan kemanusiaan.

Cikgu Emmet menulis dengan linangan airmata.
Sumber : Cikgu Emmet Menulis

Sumber : Tasikbiruselatan

Sumber :


EmoticonEmoticon