Sebuah Kafe Hidang Sosej BABI Pada Pelanggan Muslim. Bila Ditanya Ini Jawapan SOMBONG Pemilik Kafe !!!



Sebuah Kafe Hidang Sosej BABI Pada Pelanggan Muslim. Bila Ditanya Ini Jawapan SOMBONG Pemilik Kafe !!! | Seorang pengguna Facebook, Ferrand Esme, mendakwa sebuah kedai bakeri di Pasaraya Hock Choon, Ampang menggunakan sosej daging babi untuk menghidangkan menu sarapan sosej Vienna.
Apa yang menarik perhatian, beliau mendakwa Vienna Sausage daging babi itu turut dihidangkan kepada pelanggan Muslim dan ada antaranya pelanggan yang memakai tudung.

Ferrand telah menulis dalam bahasa Inggeris:
Kawan-kawan, terutamanya Muslim. Saya sering minum kopi di sebuah kedai bakeri kecil dalam Pasaraya Hock Choon, Ampang. Saya sering pesan pakej sarapan, namanya sosej Vienna.
Satu pagi, saya pesan sosej Vienna, tapi sosej mereka dah habis.
Kemudian, pekerja mereka, seorang warga Filipina, bergegas ke pasaraya berdekatan dan beli sosej mentah. Apa yang mengejutkan saya, sosej yang diambil pekerja tersebut ialah sosej babi.
Saya perasan ada ramai pelanggan Muslim (kerana mereka bertudung) yang pesan menu sosej yang sama. Jelasnya, mereka tak sedar mereka telah dihidangkan sosej babi.
Apabila saya beritahu pada pemilik bakeri tersebut, seorang lelaki bangsa Cina, dia berkata dengan sombong bahawa bakeri miliknya tidak mengundang pelanggan Muslim, jadi bukan tanggungjawabnya untuk memastikan daging babi tidak dihidangkan.
Bongkak betul lelaki Cina itu. Selama ini, pelanggan Muslim (bangsa Arab dan Melayu) telah menyokong perniagaannya.
Saya rasa simpati dengan rakan-rakan Muslim saya yang telah makan babi selama ini di situ. Tolong sebarkan mesej ini.
Tinjauan penulis mendapati kafe kecil tersebut memang menyenaraikan menu sosej Jerman yang tulen sebagai hidangan sarapan, berharga RM 26.80 dan pelanggan boleh memilijh sosej Vienna atau Bratwurst.
Dengan ini diharap pelanggan Muslim yang makan di kafe bakeri itu berhati-hati selepas ini. Pastikan anda makan hanya di tempat yang dapat anda pastikan telah disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).


Suka Post Di Atas?? SHARE ! LIKE PAGE KAMI Media Massa Silam Artikel Di Atas Adalah Hasil Perkongsian Dari Blog Yang Lain. Admin Tidak Akan Bertanggungjawab Sekiranya Pihak Pembaca Salah Erti Kandungan Artikel. Sila Rujuk Sumber Untuk Maklumat Lanjut.


EmoticonEmoticon