91 Hari Suami Koma, Ini Luahan Pilu Hati Seorang Isteri Yang Tetap Berharap Suami Akan Sedar Satu Hari Nanti


Hidup sebagai pasangan suami isteri mungkin tidak akan lari dari ditimpa pelbagai ujian dari Allah SWT. Sebagai manusia biasa, kehidupan harus diteruskan dan tabah serta redaha menghadapi takdir Ilahi. 

Bagi Siti Rohayu, ujian yang diterima mungkin agak berat bagi segelintir orang. Namun, kerana kasih sayang terhadap suaminya dia tetap tabah. Suami wanita tersebut kini sudah 91 hari terlantar koma akibat dari terlibat dalam satu kemalangan. Selama itu jugalah wanita tersebut sentiasa berdoa supaya suaminya akan sembuh seperti sedia kala. 

"Sabar Ya Aby..Perancangan Allah Itu Indah"


Hari ke 91
Alhamdulillah..terima kasih berkat doa2 semua,kakak hari ni dah xdemam..dah boleh pergi sekolah,tinggal la umy dengan aby dan adik kat rumah.

hari2 benda yang sama sayang lakukan..xpernah sekali merasa jemu,xpernah sekali merasa bosan dan letih.

Sayang xpernah mengeluh, tiap2 hari bila sayang buka mata sayang akan bersyukur sebab masih bernafas, masih dapat bersama dan menjaga ank2 dan aby.

Sabar ye aby, sedikit masa lagi..sayang yakin aby akn sedar,sikit sayang xbrsa takut mlihat keadaan kita sekarang, xpernah skli sayang fikir kan ape yang akan terjadi pada sayang dan ank2 kita bila aby dalam keadaan macam ni,sebab sayang yakin.

Walaupun ambik masa yang lama aby pasti akan sedar,kalau la aby xsedar juga, jangan risau pasal kami,sebab kami xkn tinggal kan aby..kita akn tinggal macam ni,seperti hari ni.

Hidup kita pasti akn bahagia macam org lain,sebab kita boleh bersama2..sayang yakin, perancangan Allah yang tbaik utk kita,aby jangan pernah lupa Allah.
MRMZ 

___________________________
Jom tengok rancangan baru Siakap Keli x Kaki Share iaitu Akak Travel tonton video best ni :


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon