Cinta Itu Buta, Lima Artis Wanita Ini Sanggup Murtad Demi Mengejar Cinta


Pasti ada peminat yang masih ingat kes pelakon Indonesia, Yana Zein yang menjadi viral di media sosial kerana perebutan antara keluarga dimana bapa kepada pelakon tersebut mahu arwah Yana dikebumikan mengikut cara Islam sedangkan pelakon tersebut dikatakan telah keluar dari agama Islam. 

Tapi, di Indonesia kebebasan agama adalah perkara yang biasa dimana ada artis-artis terkenal di sana dengan rela hati keluar dari agama yang dianuti hanya kerana cinta. 

Antara kes keluar agama yang paling mendapat perhatian ialah Bunga Zainal. Bunga berkahwin dengan seorang pengarah terkenal, Sukhdev Singh dan telah keluar dari agama Islam untuk menganuti agama Hindu kerana mengikuti agama yang dianuti oleh suaminya itu. 

Memetik dari portal Hangat.com, ini antara lima artis Indonesia yang telah keluar dari Islam. 

1. Nafa Urbach


Nafa pada mulanya memang beragama Kristian dan membuat keputusan untuk memeluk Islam. Namun setelah putus cinta dengan kekasih Primus Yustisio, Nafa kemudian berkahwin dengan Zack Lee dan telah keluar dari Islam dan kembali menganuti agama Kristian seperti suaminya.


2. Pinkan Mambo

Pinkan berkahwin dengan jejaka dari Amerika dan telah berpindah ke negara berkenaan mengikuti suaminya. Pinkan juga telah menukar agama mengikut suaminya itu. Bapa kepada Pinkan, Youke Mambo tidak mempersoalkan tindakan anaknya itu menukar agama. 


3. Rianti Carthwright


Pelakon filem Ayat-Ayat Cinta yang menjadi isteri kepada Fahri, iaitu Aisha telah menukar agamanya secara senyap-senyap dari Islam ke agama Kristian. Rianti telah melangsungkan acara perkahwinan di Gereja Old St. Patrick, New York pada 2010. Hingga sekarang Rianti masih belum menjelaskan status agamanya. 


4. Bunga Zainal


Ibu Zainal mendakwa Bunga telah berkahwin secara senyap-senyap tanpa pengetahuan ahli keluarga dan merupakan isteri kedua pengarah Sukhdev Singh. Bunga dikatakan telah menukar agama dari Islam ke Hindu.  


5. Asmirandah


Asmirandah pada awalnya beragama Islam namun setelah berkahwin dengan suaminya Jonas Rivano, Asmirandah akhirnya memilih untuk menganuti agama Kristian kerana mengikuti suaminya. - www.kakishare.my



Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon