Hebat! Lelaki Ini Jatuh Cinta Dengan Honda EX5 Sampai Sanggup Bawa Pulang Ke Jepun


Motosikal jenis Honda EX5 mempunyai peminat tersendiri terutama di negara kita. Namun, bagi seorang lelaki dari negara matahari terbit ini telah jatuh cinta dengan motosikal jenis ini hingga sanggup membawanya pulang ke negara asalnya Jepun. 

Foto lelaki tersebut yang tersebar menjadi bualan netizen. Dengan menggunakan nombor pendaftaran PKE 5703 lelaki tersebut dilihat amat berbangga dengan motosikal Honda EX5 yang dimilikinya itu. 

Lelaki dari Jepun itu, Koji Yasumatsu tidak mengetahui gambar motosikalnya tersebar secara meluas sehinggalah dihubungi oleh media. Memetik laporan Mstar Online, ramai di kalangan peminat motor memang mengetahui tentang kewujudan motosikal tersebut. 


Kali terakhir Koji memuat naik gambar motosikal Hondanya itu adalah pada 2 tahun lepas. Katanya dia pelik apabila ramai yang ingin berkawan dengannya tapi dia tidak tahu motosikalnya itu menjadi bualan netizen Malaysia. 

Koji sebelum ini pernah berkhidmat di Boon Siew Sdn Bhd di Seberang Perai antara 2011 hingga 2015. Dia kemudian membuat keputusan untuk menerbangkan motosikal kesayangannya itu pulang ke Jepun kerana kenangan yang indah sepanjang dia dan keluarganya di Malaysia. Kini, Koji menetap di Saitama, Jepun. 

Menurut Koji, dia telah mengembara ke Thailand dan hampir ke semua negeri di Semenanjung secara solo dengan menggunakan motosikal terbabit. 


"Anak lelaki saya, Hiroki juga sangat menyayangi dan kadang-kadang dia juga menunggangnya"

Motosikal tersebut dibeli pada harga kira-kira RM4,00 kerana dia melihat ramai orang menggunakan EX5 dan ini menimbulkan minatnya terhadap motosikali tersebut disamping motor tersebut tiada di Jepun. 

Walaupun sudah hampir 2 tahun meninggalkan Malaysia, motosikal tersebut masih dalam keadaan baik dan berfungsi tanpa membuat 'hal'. 
Malah dia juga masih mengekalkan pelekat hijau dengan tulisan 'Mak Hang Beranak Tang Mana' dan ianya menarik perhatian netizen. 

Pelekat tersebut diberi oleh seorang ahli EX5 di Malaysia. "Saya tak tahu maksudnya tapi saya anggap ianya menarik". Koji tidak bercadang untuk menjual motosikalnya itu dan bercadang untuk bercuti di Malaysia satu hari nanti. - www.kakishare.my


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon