Beberapa hari yang lepas kecoh di media sosial mengenai seorang wanita yang telah menemui ulat sampah di dalam ayam goreng di sebuah restoran mamak. Macam bermusim pula terbaru seorang lagi pelanggan memuat naik sebuah video tentang hidangan restoran mamak yang menjijikkan.
Pelanggan tersebut mendakwa telah menemui ulat sampah dalam ayam goreng ketika pelanggan tersebut hendak menjamu selera. Bengang dengan apa yang ditemui, lelaki terbabit memanggil salah seorang pekerja di restoran tersebut dan terus memarahi pekerja terbabit.
Berikut adalah video penuh yang dirakam oleh lelaki terbabit:
Kesemua kakitangan restoran mamak tersebut hanya mengangguk dan salah seorang dari mereka mengatakan halal serta tidak salah jika bukan Islam menjadi tukang masak untuk pelanggan muslim.
Kejadian seperti ini sudah tentu menimbulkan rasa kurang senang dikalangan pengusaha restoran mamak yang lain. Mana tidaknya, hanya kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga.
Apa pun, sebagai pelanggan pula kita haruslah lebih berhati-hati dan bijak memilih restoran yang bersih untuk menjamu selera. - www.kakishare.my
___________________________Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon