Siapa yang menonton rancangan Melodi pada minggu lalu pasti tahu akan tindakan saman yang bakal diambil oleh Saleem terhadap seorang penyanyi baru.
Malah, dia mendakwa satu syarikat rakaman sering menggunakan namanya untuk mempromosi artis baru tersebut. Difahamkan penyanyi baru tersebut tidak lain ialah anaknya iaitu Syafiq Farhain.
Menerusi video terbabit, pengurus yang juga isteri kepada Saleem berkata tidak akan teragak-agak bertindak menyaman penyanyi tersebut kerana telah menganggu periuk nasi Saleem dan menggunakan namanya untuk menaikkan kareer penyanyi baru tersebut.
Saleem melahirkan rasa kecewa dengan tindakan penyanyi baru tersebut yang sering meniru cara nyanyiannya walaupun setelah beberapa kali ditegur supaya tidak berbuat sedemikian.
Malah, Saleem sempat menasihati penyanyi baru itu supaya menggunakan bakat sendiri dan berhenti menggunakan namanya yang masih bergelar artis secara aktif.
Rata-rata netizen ada yang tidak bersetuju dengan tindak Saleem kerana dianggap tidak menyokong anaknya sendiri.
Syafiq sebelum ini pernah menjadi bualan netizen apabila satu video nyanyiannya sama seperti Saleem. Selain itu, Syafiq juga pernah menuduh bapanya itu dengan pelbagai tuduhan malah menurut isteri Saleem iaitu Julia, Syafiq sendiri pernah malu untuk mengaku Saleem sebagai bapanya. - www.kakishare.my
FACEBOOK HERBAL RIMBA
Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon