Bila Bergaduh Dan Suami Sedang Marah, Ini Yang Dato' Siti Nurhaliza Lakukan

Bila Bergaduh Dan Suami Sedang Marah, Ini Yang Dato' Siti Nurhaliza Lakukan



Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza kini dah berkahwin selama 10 tahun dengan Datuk Seri Khalid.

Baru-baru ini Datuk Siti kongsikan petua dan rahsia rumah tangganya.

Dalam rumah tangga, pasti adanya sedikit salah faham dan bagi Siti ketika inilah suami atau isteri hendaklah bertolak-ansur.

Kata Siti, dia dan suami akan selesaikan masalah secepat mungkin sebelum tidur.

Ini komen Siti Nurhaliza:

“Mungkin sebab cara kita orang, Allah hadirkan pasangan itu ada panas dan sejuk, bila suami marah saya pula kenalah berlembut dan tunggu masa yang sesuai. Jadi taklah dia meletup.

“Suami saya ini jenis yang tidak suka berpanjangan. Oleh itu kami akan selesaikan secepat mungkin sebelum tidur,”


Sementara itu, Siti Nurhaliza akui dia memang jenis yang jarang marah orang. Tetapi jika dia marah, makna iainya memang hal yang besar atau serius.

Ini komennya:

“Saya tak suka marah orang cuma tegas sahaja dan mestilah bersebab. Kalau saya marah maknanya saya serius, takkanlah nak marah tanpa sebab dan kerana hal kecil sahaja,” 


Tahniah kepada Siti dan Dato K kerana telah 10 tahun berkahwin. Semoga bahagia selalu.



Sumber : berita memey

Sumber :


EmoticonEmoticon