DIFITNAH Cikgu Sendiri. Lepas 15 Tahun Luahan Hati Murid Tersebut Buat Ramai TERPAKU !!! Tak Sangka Betul...

Assalamualaikum, nama aku Ayu. Aku merupakan seorang student kat ipta belah utara. Aku nak cerita pasal kisah aku masa sekolah rendah bagaimana aku difitnah dan kesannya sehingga sekarang.

Masa sekolah rendah dulu aku merupakan seorang murid yang ceria dan mempunyai kawan yang ramai. Aku berkawan dengan semua orang dan aku merupakan seorang pengawas.



Kisah ni berlaku masa aku darjah 4. Satu hari aku dipanggil ke bilik guru oleh guru disiplin iaitu Cikgu S. Aku ingatkan Cikgu S panggil atas urusan berkenaan pengawas yalah dah aku pun pengawas kan..hehehe..so, sampai jer kat bilik guru ada 2-3 orang cikgu kat meja Cikgu Bi aku.

Biarlah aku gelar Cikgu Bi ni Cikgu Wati. Sampai jer aku kat situ aku nampak meja Cikgu Watie penuh diconteng dengan kata-kata kesat seperti Ba**,Bod*** dan sebagainya. Harap-harap korang boleh agaklah segala kata makian tertulis kat atas meja tu. Paling tak sangka, kat meja tu siap tertulis nama penuh aku pulak tu. Jangan terkejut,jangankan tulisan rumi, tulisan jawi eja nama penuh aku pun ada kat atas meja tu. 

Aku apa lagi punyalah terkejut sampai tak tahu nak cakap apa. Drama dia bermula bila Cikgu S tanya aku samada aku ke yang tulis benda-benda tu kat atas meja Cikgu Watie. So, aku pun cakaplah bukan aku yang buat. Tetiba Cikgu S tu marah aku dan dia cakap bukti dah jelas tapi still tak nak mengaku. 

Aku pun start nangis tak berhenti depan semua yang ada dalam bilik guru masa tu. Lepas tu Cikgu S suruh aku tulis nama penuh aku dalam tulisan jawi dan rumi kat sehelai kertas.


Aku pun menurut jerlah,lepas tulis dorang p compare tulisan aku dengan tulisan kat atas meja tu. And guess what Cikgu S cakap sama padahal bagi aku taklah sama mana. Tapi aku boleh bagi pujianlah kat si “pelaku” tu sebab walaupun umur dia masa tu 10 tahun tapi, dia boleh rancang perbuatan ni dengan sangat teliti which is mungkin dia dah praktis lama untuk tiru tulisan aku. Dan aku agak orang tu mesti orang yang rapat dengan aku kat dalam kelas. Ustazah yang ajar aku kat kelas pun 

Cikgu S panggil, masa tu aku harap ustazah bolehlah buktikan yang aku tak bersalah sebab dia tengok tulisan jawi tu.

Tapi harapan aku musnah bila dia cakap tulisan tu sama dengan tulisan aku. Masa tu aku nangis sampai merayu kat cikgu cakap bukan aku yang buat. Siap sumpah bagai but Cikgu S tu just mencebik dan gelak. Dia cakap sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jugak and he offer me something. Dia cakap, “macam ni lah ayu, cikgu malas nak panjangkan hal ni, so senang cerita kau isi jer borang disiplin ni cakap kau mengaku yang kau buat benda ni. Lepas tu p minta maaf dengan Cikgu Watie.”

Aku terkejut sebab tak sangka seorang cikgu sanggup cakap macam tu kat anak muridnya. Kalau aku isi borang tu maknanya aku mengaku benda yang aku sendiri tak buat. Aku menangis sambil lap hingus kat tudung..hahaha..yerlah budak lagi kan..masa tu semua cikgu dalam bilik guru tu pandang aku, aku dah tak kira malu ke apa, yang penting aku takkan mengaku sebab bukan aku yang buat. Allah jer tau macam mana sakit hati aku, cikgu-cikgu yang kenal aku takda seorang pun cuba nak bela aku.

Mereka hanya pandang dan geleng kepala. Dorang semua ingat aku yang buat. Aku buat Cikgu S tu diam kejap bila aku cakap macam ni. “ Cikgu, kalau betul lah saya yang buat, kenapa pulak saya kena tulis nama sendiri kat atas meja tu? Takkanlah saya buat benda ni lepas tu nak bagi semua orang tahu. Lepas tu tak ngaku”. Kalau korang sendiri mesti terfikir perkara yang sama kan? Walaupun masa tu aku umur 10 tahun, aku pun macam tak percaya aku boleh fikir sampai macam tu.hahahaha..lepas tu cikgu suruh aku balik ke kelas.

Dalam kelas aku menangis sepuas-puasnya sampai semua kawan tanya. Satu kelas heboh pasal benda ni. Sejak hari tu cikgu-cikgu aku yang lain pulaukan aku. Siap sindir lagi kalau berselisih. Ya Allah, masa tu aku rasa macam sekolah adalah neraka. Aku malu,sedih dan muram jer bila kat sekolah atau kat rumah. Aku kurang bercakap, emosi aku sebagai kanak-kanak memang terganggu. Nama aku femes sampai bila dengar je nama aku, cikgu-cikgu mulalah sembang pasal benda tu. Cakap aku ni pengawas tapi buat benda tu kat guru sendiri.

Aku sedih, tapi dalam ramai-ramai guru yang pulaukan aku, hanya seorang jer yang percaya aku tak buat benda tu. Nama cikgu tu Cikgu Rosmah. Dia yang bagi kata-kata semangat kat aku dan dia suruh aku doa banyak-banyak supaya aku sentiasa kuat. Dan dia cakap doa orang yang dizalimi makbul. Aku sayang Cikgu Rosmah dan sampai sekarang aku still berhubung dengan dia. Saat semua orang pandang serong kat aku, dia jer yang tenangkan aku.

Hari berlalu dan makin lama benda ni orang dah lupa. Cikgu Watie pun dah mula bercakap dengan aku lepas kes tu. Aku pun pelik lah, sebab semua orang layan aku macam biasa macam xda apa2 berlaku. Ada orang cakap dorang dah dapat si “pelaku” tu. Dorang cakap si “pelaku” tu anak cikgu. And aku macam dah boleh agak sapa orang tu tapi still tak sure sampai ke hari ni.

Sebab lepas tu si “pelaku” pindah sekolah. Aku pun tak surelah samada dia ke yang buat. Tapi apa yang aku tak boleh terima, sampai ke hari ni xda sorang pun yang datang minta maaf sebab buat benda tu kat aku. Dari si “pelaku” sampailah cikgu-cikgu yang sindir aku especially Cikgu S. Mungkin orang akan cakap, benda dah lama so maafkan jerlah. Tapi dorang tak tahu benda ni sampai sekarang buat aku trauma. Setiap kali aku ingat mesti aku rasa sakit hati sangat. Aku dah cuba lupakan tapi luka dia sangat dalam sebab waktu tu aku budak lagikan so memang susah nak lupa. Aku harap kisah ni menjadi pengajaran buat para guru di luar sana.

Jangan mudah mengecam anak murid sendiri sedangkan anda sendiri tidak pasti samada benda tu betul atau tidak. Buat si “pelaku” sekiranya dia dah insaf semoga sentiasa dirahmati. Buat si cikgu, janganlah suka menuduh tanpa siasat sebab segala perbuatan awak akan di soal di akhirat kelak. Buat pembaca sekalian, semoga kisah ni menjadi pengajaran buat kita bersama. – Ayu Dh 25 Tahun via IIUM.


Sumber : belogfadah


EmoticonEmoticon