Kecoh di media sosial apabila 'tetamu' tak diundang telah muncul menaik Transit Aliran Massa (MRT). 'Tetamu' yang dimaksudkan ialah Annabelle, anak patung yang menjadi watak utama dalam filem seram yang mendapat perhatian netizen.
Dua gambar yang dimuat naik oleh laman Facebook Rapid KL pada petang Selasa memaparkan Annabell sedang duduk dalam tren MRT manakala sekeping lagi gambar menunjukkan Annabelle sedang duduk keseorangan di mesin pengimbas tiket sebuah stesen LRT.
Pengendali laman Facebook Rapid KL juga menulis kapsyen berbunyi:
"Kepada pelanggan yang dihargai, baru-baru ini kamu menerima kunjungan mengejut dari patung Annabelle. Sila jaga tingkah laku anda semasa berada di dalam tren kami atau dia akan menghantui anda selama-lamanya".
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian netizen sehingga dikongsikan lebih 2,000 kali dan menerima pelbagai reaksi melucukan. Rata-rata netizen turut meninggalkan komen yang melucukan.
Malah admin laman tersebut juga turut berjenaka melayan kerenah netizen. “Sebenarnya ‘admin’ tak nampak apa pun kat gambar tu. Korang nampak ek?”
Sejak kebelakangan ini, pengendali laman Facebook RapidKL telah menghiburkan pengikutnya namun sarat dengan mesej kesedaran awam. - www.kakishare.my
___________________________Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon