"Hubungan Mereka Renggang" - Mona Syamimi Dedah Hubungan Shahir Dengan Erra Fazira Tidak Rapat



Masih lagi dengan isu melibatkan Mona Syamimi dan juga Shahir AF.

Kali ini  tentang isu hubungan antara Shahir dan kekasihnya, Erra Fazira. Apabila isu ini menjadi viral, Shahir telah membuat kenyataan bahawa dia ingin menyunting Erra Fazira pada awal tahun depan.


Namun jika diimbas kembali, Mona Syamimi atau lebih mesra disapa Mimi pernah bercerita tentang hubungan antara Shahir dengan Erra Fazira.

Wartawan ada bertanya kepada Mona Syamimi sama ada dia tahu tentang hubungan Shahir dengan Erra Fazira.

Mona Syamimi memang tahu ada hubungan antara meraka berdua, namun dikatakan ianya tidak seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

Dari komen Mona Syamimi, pramugari ini telah mendedahkan bahawa hubungan antara Shahir dan juga Erra Fazira tidaklah begitu baik dan mereka renggang.

Ini komen Mona Syamimi:

Wartawan: "Mimi tahu tidak hubungan antara Shahir dengan Erra Fazira, Shahir ada cerita tak?"

Mimi: "Pasal hubungan Shahir dengan Erra, saya ada tanya dia pasal tu, tapi buat masa sekarang ni hubungan dia dengan Erra 'not that close'. Hubungan mereka macam renggang, that's why dia macam try to kawan dengan I dulu."

Itulah pendedahan Mona Syamimi tentang hubungan antara Shahir dan Erra Fazira.


Mona Syamimi kini telahpun mempunyai kekasih baru iaitu seorang pemain bola sepak dan tidak mahu kontroversi yang melanda ini menggangu hubungan dengan kekasih barunya itu. Mona Syamimi berharap hubungan antara Shahir dan juga Erra Fazira, akan berjalan seperti biasa.

Sementara itu, Erra Fazira dalam perkembangan terkini, ada menghubungi Shahir semalam. Erra Fazira memberitahu, dia telah memujuk Shahir untuk meneruskan perjuangannya di dalam rancangan AF Megastar.

AF Megastar pentas akhir akan berlangsung pada hari Ahad ini menampilkan finalis seperti Idayu, Bob, Syamel, Marsha dan Shahir.

Sumber : berita memey

Sumber :


EmoticonEmoticon