Tamat Pengajian Kat U. Ada Jejaka Cuba Mengenali Aku, Bila Tahu Aku Tak Kerja, Ini Yg Dilakukan…Sampai Hati !!!

Tamat Pengajian Kat U. Ada Jejaka Cuba Mengenali Aku, Bila Tahu Aku Tak Kerja, Ini Yg Dilakukan…Sampai Hati !!! | KITA VIRAL – Assalamualaikum dan hai admin. Terima kasih kerana sudi siarkan kisah saya kali ini. Nama saya Hana dan saya sudah berumur 23 tahun dan tidak bekerja.

Saya merupakan bekas graduan di sebuah IPTA sejak 2 – 3 tahun yang lalu. Setiap semester saya merupakan pelajar paling cemerlang untuk kos tersebut dan dikenali dikalangan pelajar lain.

Selepas tamat pengajian saya memohon lebih 3 kali untuk menyambung ke peringkat seterusnya namun tidak berjaya. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk menyambung pengajian di IPTS.

Namun semuanya musnah kerana ketika itu keluarga saya menghadapi masalah kewangan teruk dan akhirnya saya berhenti selepas sebulan.

Selepas pulang kerumah saya mula memohon pekerjaan, setiap hari mencari kerja menghantar resume ke mana saja yg sesuai biarpun hanyalah kerja sebagai krew di restoran francais.

Selepas hampir sebulan tiada respon semuanya, saya pasrah dan membuat keputusan untuk menolong keluarga saya berniaga. Sambil itu tetap saya mencari kerja pergi interview berkali tetapi tiada respon.

Saya anggap masih belum rezeki saya hingga saya akhirnya diterima bekerja di restoran francais sebagai krew untuk mengambil order menghantar makanan dll.

Alhamdulillah selepas 3 bulan bekerja saya ditawarkan kerja lain lebih baik dengan gaji yg lebih berbaloi. Namun agak kecewa kerana saya hanya mengantikan tempat pekerja disitu yang cuti bersalin sahaja. Selepas 4 bulan saya kembali menolong keluarga saya semula.

Sedar tak sedar sudah dalam setahun saya hanya pergi interview sambil berniaga namun masih belum diterima dari mana pun. Saya anggap mungkin bukan rezeki saya dalam pekerjaan.

Saya asingkan diri saya dari rakan lain yg sudah berjaya kerana malu disoal. Orang sekeliling hanya memandang saya peniaga jalanan sahaja malah ada yg menganggap saya tidak bekerja kerana tidak lulus semasa belajar dahulu.

Akhirnya saya bertekad untuk fokus kepada berniaga sahaja kerana sudah pasrah hidup begini. Alhamdulillah kehidupan kami baik dapat makan pakai cukup setiap bulan malah boleh makan diluar lagi hujung minggu.

Betul orang cakap susah dulu senang kemudian semuanya berubah setelah ibu saya mendapat pembahagian harta keluarga.

Kami selesaikan semua hutang jika ada dll kemudian mulakan bisnes baru yg lebih baik sehingga ke hari ini walau masih ada pasang surutnya.

Saya masih berharap jika masih mendapat pekerjaan namun masih berbisnes lagi. Orang sekeliling masih menganggap saya tidak bekerja hanya berharap kpd keluarga.

Sijil saya masih elok disimpan. Saya juga masih dihiraukan rakan cuma tinggal 3 4 orang sahaja masih yakin dengan saya memberi semangat.

Bila berkenalan dengan lelaki saya hanya memberitahu tidak bekerja dan akhirnya senyap sepi hihi. Saya anggap mereka tidak suka jika bakal isteri tidak bekerja mungkin.

Apa yg saya nak sampaikan ialah kuatlah walau dikata apa pun kerana yg menyuap ke dalam mulut kita bukan mereka. Hinakah jika tidak bekerja walau masih ada pendapatan lain ?

Biarlah apa pun saya yakin ini rezeki saya yg ditetapkan. Walaupun saya tak bekerja mcm rakan lain tapi hidup saya juga bahagia semuanya masa sendiri.

Yakinlah rezeki kita semuanya ada walau berbeza cara. Alhamdulillah kini saya sudah berjumpa dgn lelaki yg dapat menerima bakal isteri begini hihi.

Keluarga saya masih boleh makan sedap2 jalan jauh2 walau tidak banyak tapi cukup. Dan saya yakin suatu hari nanti saya akan lebih berjaya untuk keluarga saya.

Cuma satu saya nak pesan tolonglah jangan pandang seseorang tu rendah dari kita jika kita pembeli dia pula penjual. Saya rasa istilah tak bekerja sudah tidak perlu disoalkan lagi pada masa kini.

Kita hidup bukan zaman dahulu jika tidak bekerja hanya membuta sahaja. Kerana semua orang ada kerjanya masing2 mungkin dia tidak bekerja keluar balik penat semua tu tapi masih ada sumber pendapatan lain.

Seperti mengasuh mengambil upah apa2 menjual barangan online membuat delivery makanan dll. Ubahlah persepsi anda terhadap orang tidak bekerja terutamanya melayu.

Apa yg kita ada sekarang tak semestinya kekal. Mungkin suatu hari nanti keadaan memaksa awak pula untuk berniaga dll. Ambil sudut positif orang cina jika berniaga mereka kagum. Bukan melayu bekerja merasa bangga.

Maafkan saya jika ada terguris hati sesiapa. Saya hanya meluahkan sahaja. 10Q. – Hana

Sumber : IIUMC

The post Tamat Pengajian Kat U. Ada Jejaka Cuba Mengenali Aku, Bila Tahu Aku Tak Kerja, Ini Yg Dilakukan…Sampai Hati !!! appeared first on KITA VIRAL.



Sumber : kitaviral.com

Sumber :


EmoticonEmoticon