Ibu Dakwa Ada Toyol Rumah Menantu, Saat Nak Melahirkan, Terbongkar ‘HAJAT’ Ibu Yang Sebenar !!! | KITA VIRAL – Saya telah berkahwin dengan suami hampir 6 tahun dan mempunyai 2 orang cahaya mata. Saya menunggu hari untuk melahirkan cahaya mata yang ketiga.
Kisah saya mungkin akan menarik banyak pembaca di sini kerana berkenaan dengan Ibu Kandung saya juga…
Selepas saya berkahwin, saya masih duduk berdekatan dengan ibu saya kerana suami saya bertugas di negeri yang sama.
Ibu dan ayah saya telah lama berpisah hampir 17 tahun dan kini ibu saya seorang ibu tunggal. Oleh kerana saya tidak mahu ibu saya kesunyian.
Saya dan suami tanpa ada apa-apa rasa musykil membenarkan ibu saya menetap dan tinggal bersama di rumah kami.
2012, saya masih tidak mempunyai zuriat maka saya menyatakan hasrat saya pada suami untuk bekerja dan suami izinkan.
Sepanjang saya bekerja, ibu saya sudah mula menunjukkan perangai dan tidak baik seperti mengapikan suami saya agar berhati hati khuatir saya bukan bekerja tapi bergatal dengan lelaki lain.
Demi Nama Allah saya ikhlas bekerja dan mencari duit. Itu baru permulaan perangai ibu, lama kelamaan ibu cuba sibuk dalam urusan hal rumah tangga kami dan kadang-kadang api-apikan saya kadang-kadang api-apikan suami.
Suami saya juga seorang anggota polis, waktu kerja tak perlu saya terangkan. Sememangnya tidak menentu, Ibu pernah api-apikan saya kerana suami saya balik lewat dan banyak lagi tapi tak pernah saya hiraukan kerana saya kenal suami saya.
Selepas waktu kerja suami terus balik kerumah tanpa kemana-mana, Sejujurnya suami seorang yang jujur dan baik.
Masa terus berlalu dan kami terus sabar hadapi perangai ibu, waktu kami baru berkahwin rumah kami masih lagi serba kekurangan.
Saya dan suami utamakan ibu tidur di kamar kami yang lengkap dan ada katil sementara saya dan suami hanya tidur di sofa…
Ibu pernah menjerit2 panggil suami saya (bukan panggil saya sendiri anak kandungnya) masuk ke bilik dan mengatakan ternampak “TOYOL”.
Suami berkeras tidak mahu masuk kerana risau ibu akan putar belitkan cerita. Ibu selalu berkata-kata saya “CEMBURU ANTARA DIA DAN SUAMI SAYA”.
Sebenarnya saya tahu bahawa ibu sukakan suami saya. Maaf saya berkata begitu salah satu punca adalah ibu selalu bercerita tentang susuk tubuh suami saya seperti keadaan tidur suami, badan suami yang tegap, kaki suami.
Saya telah dapat merasakan semestinya ada sesuatu yang tak kena.
Penghujung 2013, atas permintaan suami, Saya telah berhenti kerja kerana mengandung anak sulung. 16.06.2014 saya telah selamat melahirkan anak saya.
Perangai ibu makin menjadi-jadi, Ibu banyak bersandiwara dan menyulitkan keadaan saya dan suami seperti terkena sampuk, menjerit2 mengapai-ngapai waktu suami tugas malam.
Sehingga satu masa suami dah tak boleh bersabar suami terus menegur perbuatan ibu saya, oleh kerana tidak berpuas hati ibu memutar belitkan cerita mengatakan saya mengambil pisau utk membunuhnya, Demi Nama Allah.
Saya tak buat begitu sdgkan dalam masa ibu sedang dalam keadaan sampuk saya sedang bercakap dalam telefon dgn suami saya menceritakan apa yang berlaku, suami tahu segalanya tapi ibu putar belitkan cerita kepada anak-anak lain.
Kebetulan saya adalah anak bongsu. Belum lagi soal anak saya yang baru lahir diberi makan serta minum air kosong secara diam-diam di belakang saya dan suami. Makin hari keadaan makin parah dengan sikap ibu.
Rezeki Allah tanpa diduga saya mengandung lagi dan lahirkan zuriat yang kedua pada 29.07.2015. Kali ini ada dugaan yang paling parah untuk saya dan suami.
Sikap ibu makin menjadi-jadi. Waktu saya berpantang ibu mereka cerita mengatakan pada suami saya tidak boleh melihat wajah ibu (kononnya saya meroyan).
Saya dengar segalanya, Suami terus menidakkan apa yang ibu cakap. Banyak lagi cerita yang ibu reka-rekakan untuk jatuhkan saya. Buka aib-aib saya dan suami terhadap adik beradik dan banyak lagi. Tak habis cerita jika saya nak ceritakan apa yang berlaku.
Sampai satu tahap tanpa di duga ibu berjaya buatkan saya dan suami bergaduh teruk dan saya meminta cerai dgn suami.
Tapi ibu buat seperti tiada apa yang berlaku sehingga ayah tidak boleh tahan sabar ayah mula campur tangan dalam urusan keluarga kami. Ayah menyuruh ibu balik dan tinggal saya dan suami serta tidak mengganggu kami lagi.
Selama ini abah banyak berdiam dengan apa yang ibu buat dan ganggu rumah tangga anak2 sampai tahap ayah tidak boleh bersabar lagi. Namun ibu tetap berkeras dan cuba pisahkan saya dan suami.
Waktu suami cuba memulihkan keadaan dan memujuk saya, ibu tak henti-henti panggil saya supaya saya tidak tidur dengan suami sekali. Berkali-kali ibu hasut saya supaya saya jadi benci pada suami.
Tetapi saya tetap kuat sampai tiba hari tak diduga suami kerja petang, ibu psiko saya sehingga saya terketar-ketar menangis kemarahan. Ibu menghina saya tidak bekerja, menyusahkan suami, tiada apa-apa dan banyak lagi.
Ibu juga menelefon ayah serta menghasut ayah supaya mengambil anak-anak saya kerana saya tidak sihat.
Saya dikatakan meroyan, gila dan tidak betul. Bukan itu sahaja, Malah banyak lagi saya dihina sehingga saya tidak dapat melupakan kata-kata ibu saya.
Sebaliknya ibu tipu dan memutar belit cerita yang tak betul pada semua. Ayah tau segalanya. Ibu lakukan segalanya dan aniaya saya sewaktu suami tiada rumah kerana bekerja.
Abah berkeras suruh ibu pulang ke rumahnya sendiri. Tetapi ibu tetap tidak mahu dan cuba menyulitkan keadaan sampai satu tahap saya dalam keadaan tidak boleh bersabar bersuara agar ibu keluar dari rumah..
Saya terlalu banyak menyimpan lemak sikap ibu. Salah saya sehingga ibu makin berani bertindak sedemikian sehingga cuba memporak perandakan rumah tangga kami.
Kini, ibu tidak lagi menetap lagi di sini. Tapi ibu selalu mengganggu kami sekeluarga seperti datang ke rumah dan menjerit-jerit, memaki hamun kami sekeluarga, bukan itu sahaja.
Ibu menuduh suami melepaskan “BENDA” di rumahnya. Suami hanya mampu tersenyum kerana telah kenal benar dengan perangai ibu mertuanya.
Bukan itu sahaja, malah ibu telah ke tempat kerja suami saya mencari rezeki dengan memburukkan nama suami saya.
Yang paling hebatnya ibu terus berjumpa dengan pegawai-pegawai tertinggi suami dan mereka cerita bukan-bukan. Allah maha mengetahui dan orang lain sendiri nampak bahawa ibu tidak normal di situ.
Sekarang ibu dah mula datang lagi ke rumah saya kerana ibu tahu saya akan melahirkan zuriat yang ketiga tidak lama lagi.
Bantu saya KRT, apa yang saya perlu lakukan dalam keadaan begini??? Saya teramat2 serik, Adakah insan-insan yang mampu bersabar dengan sikap seperti ibu saya jika berada di tempat saya??
Sehingga kini saya masih dilema. Saya takut dengan sikap ibu yang cuba menghancurkan saya. Saya Fobia, Mohon siarkan kisah saya kerana saya teramat perlukan pendapat semua.
Sumber : KRT
The post Ibu Dakwa Ada Toyol Rumah Menantu, Saat Nak Melahirkan, Terbongkar ‘HAJAT’ Ibu Yang Sebenar !!! appeared first on KITA VIRAL.
Sumber : kitaviral.com
Sumber :
EmoticonEmoticon