Ibu PELIK Bayi 11 Bulan Pakaian Koyak & Badan Dipenuhi Cakaran Kuku..Malam Tu Rupa-Rupanya… | KITA VIRAL – Saya tidak suka untuk berkongsi cerita ini tetapi mesti didedahkan kepada ibu bapa di luar sana supaya mengawasi dan menjaga anak anak dari bayi lagi.
Ketika saya berada di wad kanak kanak , menjaga anak sakit, ada kes gyne, seorang bayi berumur 9 bulan telah di rogol.
Ibunya mengetahui apabila menukar lampin, terdapat kesan darah. Setelah diperiksa dan dirujuk kepada Pakar Perbidanan, disahkan bayi berumur 9 bulan itu telah dirogol.
Kisah ini 15 tahun dahulu ketika saya menjaga anak sakit di wad selama 2 minggu.
Hari ini masyarakat makin parah. Bayi berumur 11 bulan tergamak dirogol. Lebih mungkar dari syaitan.
Ikuti kisahnya agar kita mengambil perhatian dan pelajaran.
BAJU KOYAK DAN ADA KESAN KUKU
Bajunya terkoyak dan terdapat kesan-kesan kuku di merata tubuh beliau.
Seorang bayi berusia 11 bulan telah diculik dan dirogol selama 2 jam oleh “jiran” di Delhi, India.
Kes tersebut berlaku di sebuah tempat perlindungan sementara di kompleks perumahan polis semasa bayi tersebut sedang tidur bersama ibunya.
“Jiran” didakwa telah menculik bayi tersebut dan membawanya ke sebuah hutan berdekatan dan dirogol pada pukul 10 malam.
Ibu bayi hanya menyedari kehilangan anaknya itu sekitar pukul 11.00 malam dan melapor kepada polis.
Tidak lama kemudian, polis telah menjumpai bayi tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Bayi perempuan tersebut mengalami pendarahan teruk,” kata seorang pengawai kanan polis.
Bayi tersebut dikejarkan ke unit jagaan rapi di Hospital Dayal Upadhyay di mana para doktor di hospital berkata yang bayi tersebut berada dalam keadaan kritikal.
Bapa bayi itu kemudiannya memberitahu polis:
“Saya berasa ngeri melihat keadaan anak saya. Bajunya terkoyak dan terdapat kesan kuku di merata tubuhnya.
Ia kecederaan teruk yang mungkin memberikan kesan jangka panjang terhadap kesihatan anak saya.”
Polis berjaya mengesan suspek di sebuah kem pekerja di mana suspek tinggal bersama pekerja lain dengan menjejak pemilik telefon bimbit yang ditinggalkan berdekatan bayi tersebut.
Menurut polis, lelaki itu telah mengaku bahawa dia telah menculik dan merogol bayi tersebut selama hampir 2 jam.
Lelaki itu kini dituduh merogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan India dan Seksyen 6 Akta POSCO dan ditahan di penjara Tihar.
LINDUNGI KELUARGA DARI DUNIA MENAKUTKAN
Dunia luar yang menakutkan untuk anak kecil
Ibu ayah, mari kita lakukan apa yang terdaya untuk melindungi anak-anak kita daripada kejahatan manusia yang bertopengkan syaitan.
Dunia luar itu cukup menakutkan buat anak kecil. Mari ketahui langkah-langkah keselamatan bagi memastikan anak kita membesar sempurna, jauh dari malapetaka dan bahaya.
Baca artikel ini untuk mengetahui apa yang anda boleh buat bagi menjamin keselamatan anak-anak.
Semoga Tuhan melindungi anak kita semua! – Yang Berkongsi Cerita,Muna liza binti Ismail
Kredit : Baitus Solehah
The post Ibu PELIK Bayi 11 Bulan Pakaian Koyak & Badan Dipenuhi Cakaran Kuku..Malam Tu Rupa-Rupanya… appeared first on KITA VIRAL.
Sumber : kitaviral.com
Sumber :
EmoticonEmoticon