Pasangan Ini Tengah Berbulan Madu Sebelum Bot Dirampas Anjing Laut Selama 4 Hari, Apa Yg Dilakukannya Buat Ramai Tak Percaya !!! | KITA VIRAL – Bagi pasangan pengantin baru Eddie Stebbings dan Bee Bueche, bulan madu mereka adalah kisah yang tidak akan dilupakan.
Apabila perahu getah yang merupakan alat pengangkutan mereka dicuri oleh seekor anjing laut.
Pekara tersebut terjadi ketika mereka memutuskan berbulan madu ke sebuah pulau terpencil di Britain.
Pulau bernama Skomer itu memang merupakan tempat pemuliharaan anjing laut.
Stebbings dan Bueche ingin menjadikan bulan madu mereka lebih bermakna dari sekadar bercuti.
Kerana itu mereka memutuskan untuk menghabiskan beberapa waktu menjadi sukarelawan di pusat pembiakan bayi anjing laut.
Malangnya, apabila mereka melakukan tugas mulia di pusat kurungan, seekor anjing laut jantan menjadikan perahu getah mereka sebagai tempat bersantai.
Dia masuk ke dalam perahu dan lantas berbaring, menjadikan perahu tersebut sebagai harta peribadinya.
Anjing laut tersebut tidak turun selama 4 hari, membuat pasangan pengantin baru itu terperangkap di sana.
“Dia empat kali lebih besar dari saya, panjangnya 2.5 meter dan sangat jelas tidak takut pada manusia,” jelas Stebbings kepada The Telegraph.
Stebbings yang merupakan pencinta haiwan memutuskan untuk tidak mengganggu anjing laut tersebut.
Dia hanya menunggu hingga si haiwan itu bosan dan keluar dari perahu getah.
Sumber : DairiShare
The post Pasangan Ini Tengah Berbulan Madu Sebelum Bot Dirampas Anjing Laut Selama 4 Hari, Apa Yg Dilakukannya Buat Ramai Tak Percaya !!! appeared first on KITA VIRAL.
Sumber : kitaviral.com
Sumber :
EmoticonEmoticon