Harith Iskander Dinobatkan Manusia Paling Kelakar Di Dunia


Harith Iskander Dinobatkan Manusia Paling Kelakar Di Dunia


 

Satu pencapaian yang luar biasa telah dicapai oleh pelakon, pengacara dan pelawak, Harith Iskander dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan Funniest Person In The World yang berlansung di Finland hari ini.

Harith berjaya meraih sebanyak 3.8juta undian sekaligus mengetepikan pencabar terdekatnya iaitu Alex Calleja dari Filipina, Katerina Vrana dari Greece, Mino Van Nassau dari India dan David Kilimnick dari Israel.

Kemenangan bersejarah kepada Malaysia ini melayakkan Harith membawa pulang wang tunai sejumlah RM440,000 dan berpeluang mengadakan siri jelajah di Amerika Syarikat (AS).

Pemenang pada peringkat akhir ditentukan sepenuhnya menerusi undian peminat yang dibuka selama 24 jam selepas aksi terakhir mereka pada 8 Disember lalu. Undian ditutup pada jam 3 petang tadi.

Terdahulu, Harith bersaing dengan 88 peserta dari serata dunia pada peringkat awal sebelum terpilih beraksi pada peringkat separuh akhir bersama 19 peserta lain. Harith berlepas ke Finland sejak 1 Disember lalu ditemani isterinya, Jezamine Lim.

Suka Post Di Atas?? SHARE ! LIKE PAGE KAMI Media Massa Silam Artikel Di Atas Adalah Hasil Perkongsian Dari Blog Yang Lain. Admin Tidak Akan Bertanggungjawab Sekiranya Pihak Pembaca Salah Erti Kandungan Artikel. Sila Rujuk Sumber Untuk Maklumat Lanjut.

Related Posts


EmoticonEmoticon

:)
:(
=(
^_^
:D
=D
=)D
|o|
@@,
;)
:-bd
:-d
:p
:ng
:lv