MIRI - Seorang wanita ditemui terbaring di hadapan bangunan Imperial Mall Miri, pagi tadi.
Dalam penemuan jam 8.30 pagi itu, Chieng Lay Ping, 50'an, ditemui oleh orang awam sebelum dimaklumkan kepada pihak polis.
Polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati, wanita berkenaan sudah tidak bernyawa.
Lapor sumber, Chieng telah keluar dari rumahnya pada awal pagi dan memaklumkan kepada suaminya yang dia berada di tingkat lima hotel Imperial.
"Chieng turut memaklumkan yang dia mahu membunuh diri dan meminta lelaki itu datang mengambil barang miliknya.
"Chieng telah menerima rawatan pesakit psikiatri sejak setahun lalu," katanya.
Menurut suaminya, Chieng sebelum ini juga kerap menyatakan hasrat untuk membunuh diri.
Polis mengklasifikasikan kejadian itu sebagai kematian mengejut. - The Reporter
SUMBER : http://ift.tt/29OSAPl
EmoticonEmoticon