VIRAL Mesej Berantai Pokok Duit-Duit Punca Leukemia. Ini Jawapan Doktor Yang Buat Ramai TERPANA !!!

VIRAL Mesej Berantai Pokok Duit-Duit Punca Leukemia. Ini Jawapan Doktor Yang Buat Ramai TERPANA !!!  | Timbul semula mesej satu jenis pokok yang menjadi punca kanser darah Leukemia. Mesej viral berbunyi sebegini:

Anak perempuan Besan saya (umur 31 thn) baru meninggal semalam sebab oleh leukimia. Arwah dpt leukimia ni semasa buat Master in botanical kat USM semasa mengkaji sejenis tumbuhan ni. Rakan se research beliau dah meninggal tahun lepas atas hidap penyakit yg sama.

Arwah dpt bertahan hingga semalam. Memang telah disahkan oleh pihak USM dan pihak Kem Kesihatan yg punca mereka dpt leukimia tu adalah dari tumbuhan yg kedua2 pelajar Master ni buat research on …. Jadi ceriter pasal pokok yg D Hizzad sebut tu mungkin ada kebenarannye._

_Bole myebabkn cancer_

_Cina dh tau ttang bahya pokok ni..tpi dia share d surtkbar Cina aje. Yg melayu..rmai x tau..wat perhiasn pokok ni d rumh.._

_Perhatian. Jika anda ada tanaman ini dirumah, sila musnahkannya dengan membakarnya sebelum ia berbunga. Debuan pada bunganya menyebabkan kanser pada keluarga._

_Copy dan sebarkan.._

◾◾◾◾◾◾◾

*Ulasan Saya*

Pihak berwajib USM telah mengeluarkan kenyataan penafian atas pelajar master mereka mati semasa membuat kajian tumbuhan ini.[1] Sebaran maya isu ini bermula tahun 2010 lagi dalam versi bahasa inggeris.[2] Begitu juga dengan KKM tidak pernah mengesahkan kejadian seumpama ini. Dakwaan tanpa asas ini berlegar dalam media sosial sehingga menimbulkan ketakutan kepada penggemar tanaman bunga hiasan sekitar rumah mereka.

Pokok duit-duit atau nama sainsnya Zamioculcas zamiifolia hidup subur ditempat yang teduh dan lembab. Sejenis tumbuhan liar hutan hujan tropika nampak cantik jika diletak serumpun dalam pasu yang berlarik. Istimewa pokok duit-duit ini adalah boleh hidup tanpa siraman air berbulan lamanya. Pokok ini bertindak sebagai penulin udara persekekitaran rumah (Air purifier) sama dengan spesis yang sama seperti keladi (aracea). Ia mengandungi Calcium oxalate berfungsi untuk penulinan udara persekitaran. Kajian juga mengesahkan bahawa daun ini tidak beracun, malah sejarah mencatatkan China menjadikan daun ini sebagai ulaman mereka.

Tidak ada satu kajian pun yang mengesahkan pokok ini boleh menyebabkan kanser darah (Leukemia).[3] Cuma, bagi sesetengah orang alergik dengan calsium oxalate, jadi tidak sesuai diletakkan dalam rumah sebagai penghias dalaman.

Sekian

Rujuk

[1] Penafian dalam berita Harian. http://ift.tt/2hcc956

[2] Spesies Zamioculcas zamiifolia. http://ift.tt/2hzJnbG

[3] Kenayataan dari Researchgate. http://ift.tt/2hcmduO

Sumber:- Dr Suhazeli Abdullah (Medical Mythbusters Malaysia)

P.S. 1 – NGERI….Sekeluarga MAUT Selepas TERBABAS Dan TERPEROSOK Di Bawah Treler Yang Berhenti Di Lorong Kecemasan !!!
P.S. 2 – Ngeri….Tiga Individu Maut Ditimpa Papan Tanda Lebuhraya Yang Dilanggar Sebuah Treler !!!
P.S. 3 – ‘Tunggu Kami Di Kejiranan Syurga Abang’ Catatan SAYU Yang Buat Ramai TERSENTUH !!!
P.S. 4 – Seorang PENSYARAH Maut Terlibat KEMALANGAN Dalam Perjalanan Ke Persiapan Majlis Penyerahan Rumah Kepada Mangsa Banjir.
P.S. 5 – Akibat Tindakan MELULU Pemandu Kereta Ini Menyebabkan Dia Terbabit Kemalangan Yang NGERI!!!

The post VIRAL Mesej Berantai Pokok Duit-Duit Punca Leukemia. Ini Jawapan Doktor Yang Buat Ramai TERPANA !!! appeared first on BERITA HARIANI.



Sumber : berita hariani

Sumber :

Related Posts


EmoticonEmoticon

:)
:(
=(
^_^
:D
=D
=)D
|o|
@@,
;)
:-bd
:-d
:p
:ng
:lv