Usia rumah tangga sudah 2 tahun Dan di kurniakan seorang cahaya mata. Di awal perkahwinan kehidupan kami suami isteri semua indah. Cuma mempunyai sedikit masalah kewangan tapi itu tidak menghalang untuk kami bahagia. Ketika isteri mengandung hinggalah bersalin, saya menempatkan isteri di rumah orang tua saya. Semuanya terkawal.
"Bukan Menantu Pilihan"
Setelah itu, saya menempatkan isteri untuk berpantang dirumah ibunya. Hubungan saya bersama ibu mertua agak renggang disebabkan saya bukan menantu pilihannya. Bila sudah bukan pilihan buat apa-apa pun nampak salah. Jadi saya ambil peluang ini untuk mengambil hati dan perhatiannya.
Keserian rumah tangga kami seakan makin menghilang. Isteri mula tunjukan sikap negatif. Apa saja tindakan dia akan rujuk ibu Dan adik brdiknya tnpa meminta pandngan atau keputusan saya baik dari keluar rumah, kebajikan terhadap suami, layanan terhdap suami dll. Situasi saya seperti orang asing di dalam rumah itu.
Masing2 buat xnmpak termasuklah isteri sendiri. Jadi saya ambil keputusan untuk cari rumah sewa. Akan tetapi isteri tidak mahu mengikut untuk tinggal dirumah sewa atas alasan tak mahu berpisah dengan ibunya dan ibunya menghalang tindakan saya.
"Bahagia Cuma Sekejap"
Demi menjaga rumah tangga, saya memujuk isteri agar keluar rumah untuk membina kehidupan di rumah sewa. Sewaktu memindah barang, berlaku juga ketegangan. Seolah2 tidak faham anakanya sudah mempunyai suami. saya tetapkan jua keputusan untuk bawa keluar.
Ketika di rumah sewa, rumah tangga kami mula menampakkan seri. Perasaan bahgia mula dirasai. Isteri mula menunjukkan sikap positif. Melayani saya dengan baik, kongsi susah senang bersama. Hari2 bagaikan bercinta. Wlaupun kami agak terbeban dengan masalah kewangan. Tpi masih ada anak bini yang sentiasa menyokong dan memberi semngat.
Tetapi kegembiraan itu tak lama. Hanya 4bulan kami hidup berkeluarga. Keluarga mertua sentiasa meminta isteri untuk pulang ke rumah. Atas alasan ingin bermain dengan cucu. saya izinkan isteri balik. akan tetapi, dari setiap hujung minggu diberi pulang balik, kini bertukar tiap2 hari pulang sehingga rumah kami seperti hotel.
"Nikmat Berkeluarga Hilang"
Yg dulunya ketika pulang kerja isteri menyambut kepulangan saya, menyediakan masakan dirumah lalu bertukar pulang kerja dalam keadaan tiada penghuni. Makan keseorangan tgh hri dan malam. Isteri pulang ke rumah tiap2 hari pd jam 12mlam. Ketika itu saya sudah tidur. yang lebih mengecewakan, sewaktu hri cuti pun tetap xlekat dirumah.
Setelah keluar pindah rumah tempoh hari, hbungan saya dgn kluarga seakan terputus. Caci memaci terjadi ketika itu. saya hilang nikmat khidupan dengan kluarga mertua demi untuk meyelamatkan rumah tangga kami. Disebabkan itulah memakan balik diri saya. saya nasihat isteri tak jalan.
Malahan sering bertengkar setiap kali saya menegur. Asingkan tempat tidur pun tak jalan. Tetapi sepanjang usia rumah tangga, saya tidak penah sekalipun menaikkan kaki tangan pada isteri. Akibat terlalu Letih dengan sikapnya, saya asingkan diri. Pulang ke kampung untuk rehatkan jiwa sewaktu cuti.
Apa yang mengejutkan ketika pulang ke rumah sewa. Semua Barang milik isteri Dan anak sudah tiada. Kaji punya kaji, rupanya brgnya sudah berada di rumah ibunya. Perwatakan isteri seperti dikawal seseorang. Kini sudah 2 minggu isteri tidak pulang kerumah. Situasi yang saya nampak adalah masalah dari cmpurtgn kluarga mertua dan tekanan kewangan.
Duit gaji hanya cukup2 makan. Baru paham apa yang dimaksudkan dengan " isteri diuji ketika susah, suami diuji ketika senang." Dan kini saya duduk keseorangan dirumah dn sentiasa menanti kepulangan isteri sementara menunggu tarikh khidmat kaunseling. Tpi saya sedar. Perbuatn saya ini seperti menunggu flight tpi tak ada tiket penerbangan. Minta doakan yang terbaik dari semua. - www.kakishare.my
Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon