Kemana saja kita pergi di negara ini, pasti akan kelihatan haiwan jalanan terutama kucing dan anjing liar yang terbiar tanpa bertuan. Kadang-kadang haiwan berkenaan kelihatang sangat kasihan sehingga membuatkan kita mahu menolong kesemuanya.
Namun ianya agak mustahil, jadi bagi seorang gadis dari Ipoh ini dia ingin berkongsi kasih sayang kepada anjing liar di kawasan perumahannya.
Walau bagaimanapun, sifat prihatin yang ditunjukkan oleh gadis ini malangnya tidak semua yang setuju. Wong dimarahi oleh seorang pakcik dan anaknya di kawasan dimana dia cuba memberi makan kepada anjing liar tersebut.
"Hari ini saya pergi beri makanan kepada anjing liar di sekitar tempat makan, tetapi didatangi oleh seorang lelaki secara tiba-tiba mula memarahi dan memaki saya dengan kata-kata kesat"
"Lelaki itu memberi amaran jangan datang ke sini dan memberi anjing-anjing ini makan. Kalau kamu ni seorang lelaki, dah lama aku belasah kau. Tapi, saya tidak memberi mereka makan di depan kedai lelaki tersebut malah ditepi jalan.
"Anak kepada lelaki berkenaan juga turut menyokong perbuatan ayahnya itu dan memarahi saya juga. Mereka menuduh saya memberi makan kepada anjin-anjing tersebut di hadapan gerai mereka tapi para pekerja tempat makanan boleh menjadi saksi dimana saya memberi makanan di tepi jalan.
"Saya guna pinggan atau mangkuk sendiri untuk memberi anjing-anjing ini makan dan bukannya dari tempat makan tersebut. Niat saya hanya ingin memberi makan dan tidak menganggun siapa-siapa pun"
Para netizen menasihati gadis berkenaan supaya tidak pergi seorang diri jika ingin memberi haiwan tersebut makanan. Netizen juga mengecam tindakan lelaki tersebut kerana tidak berperikemanusiaan. - www.kakishare.my
Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon