Kerana 'Skirt' Terlalu Seksi, Pelajar 12 Tahun Ini Dihalau Keluar Dari Kejohanan Catur


Pada 27 April, seorang jurulatih permainan catur yang dikenali sebagai Kaushal mendedahkan di laman Facebooknya, bahawa baru-baru ini dia membawa seorang pelajar berumur 12 tahun menyertai kejohanan permainan catur kebangsaan antara sekolah 2017 di Putrajaya, terkejut pihak penganjur bertindak mengarahkan pelajarnya keluar dari pertandingan tersebut .

Ini kerana menurut pihak penganjur skirt yang dipakai pelajar itu terlalu seksi dan ianya dikatakan bertentangan dengan peraturan pertandingan. 

Kaushal mengecam tindakan ketua pengarah dan ketua jurulatih kejohanan tersebut menimbulkan "penghinaan dan gangguan yang melampau" ke atas pelajar berkenaan. 

"Ketika pusingan kedua pertandingan, ketua jurulatih memberitahu pelajar dan ibunya, bahawa menurut ketua pengarah kejohanan tersebut, skirt yang dipakai oleh pelajar itu agak seksi. Kenyataan itu kami rasa amat tidak munasabah."

Jelasnya, peserta diberitahu cara pemakaian tidak mencapai kehendak kejohanan adalah pada kira-kira pukul 10 malam oleh ketua jurulatih, dan pertandingan pula bermula pada jam 9 pagi keesokan hari. 

Tambahnya, ketika itu, semua pusat beli belah sudah menamatkan perniagaan dan peniaga tidak akan mulakan perniagaan mereka pada awal pagi. Jadi disebabkan tidak sempat beli baju yang sesuai, pelajar terpaksa keluar dari pertandingan kali ini. 

Pada masa yang sama, Kuashal sedia mengambil tindakan undang-undang sekiranya pihak penganjur tidak mohon maaf secara terbuka. 

"Kami minta mereka mohon maaf secara terbuka, jika tiada respond dari pihak penganjur dalam masa lima hari, kami akan ambil tindakan undang-undang." - www.kakishare.my


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon