Admin Group Whatsapp Ambil Perhatian! Ini 4 Sebab Kenapa Anda Kemungkinan Dipenjara Kalau Tak Jaga Betul-Betul


Hari ini berita mengenai admin Whatsapp Group boleh dikenakan tindakan penjara memenuhi ruang media sosial. Ada yang menganggap perkara ini sebagai gurauan dan ada juga yang menerima berita tersebut sebagai satu perkara yang serius. 

Di India, undang-undang seperti ini telah diluluskan dimana admin Whatsapp Group boleh didakwa dan dipenjara agar berita palsu tidak disebarkan. Peranan admin Whatsapp di sana perlu memerhati apa yang dikongsikan oleh ahli dan jika ianya palsu admin harus menjelaskan ianya salah dan buang ahli tersebut dan melaporkan kepada polis. 

Namun, itu di India. Di Malaysia pula ada beberapa perkara yang boleh menyebabkan admin group Whatsapp dipenjara kerana tidak mengawal ahli-ahli dalam group berkenaan. 

Antaranya ialah: 

1. Sebar maklumat palsu sehingga menggugat keselamatan negara

2. Sebar maklumat beransur fitnah atau tidak sahih

3. Melakukan penipuan

4. Pendedahan maklumat yang dilarang di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA)

"Jadi, Apa Kerja Admin Whatsapp?"

Para admin hendaklah memantau apa yang ditulis atau disebar oleh ahli ke dalam group berkenaan. Jika terdapat salah satu dari empat perkara yang diatas, para admin wajib menegur dan menghalang dari disebar. 

Ianya untuk menapis dari berita yang tidak sahih daripada disebarkan secara berleluasa. Maka sudah pasti ada group-group Whatsapp sudah memaklumkan perkara ini kepada ahli atau memuat naik status supaya ahli-ahli memberi kerjasama untuk tidak menyebarkan sebarang berita palsu. Malah ada juga admin Whatsapp menjadikan semua ahli sebagai admin untuk memastikan semuanya bertanggungjawab atas tindakan masing-masing. 

Namun, para admin selain Whatsapp seperti Facebook, Telegram ataupun Wechat juga tidak terkecuali kerana masih boleh dikenakan tindakan undang-undang sedia ada di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon