'Suami Terkejut Hutang Perniagaan Keluarga Mencecah Ratus Ribu, Patutlah Adik Suami Hidup Bermewah'


Pada tahun 2013 suami saya berkongsi 1 perniagaan dengan adik Dan kakak dia..dalam lesen memang tertulis nama rakan kongsi termasuk la nama suami..bisnes berjalan dengan lancar..tapi pada hujung tahun 2014 suami ada berselisih faham dengan adik dia..mereka mula membahas tentang siapa yang layak mengurus perniagaan tersebut.

"Adik Suami Hidup Mewah"

Untuk pengetahuan modal suami cuma 30k..manakala adik Dan kakak dia 80k..kakak suami ada bisnes lain so dia x kisah sangat tentang perniagaan baru tu..Dan akhirnya suami mengalah Dan kerja tempat lain..sejak dari tu adik suami yang urus semuanya..(yang sebenarnya suami adik dia yang urus)

Perniagaan memang maju..family adik dia selalu bermewah²..bila ada yang tanya macam mana bisnes tu family adik dia akan cakap mnyibok la..macam² lagi yang buat kami sakit hati..sampailah pada 2016 adik dia tetiba cakap perniagaan tu da bankrup..da xde modal buat beli barang..

"Supplier Tagih Hutang"

Dan suami dan kakak dia rasa sayang kalau perniagaan tu tutup jadi suami pun ambil alih pengurusan..dengan modal yang hanya beberapa ribu suami hidupkn semua perniagaan..manakala adik dia balik kampung suami dia dan buka bisnes baru d sana..selepas beberapa bulan suami mengendali perniagaan tu suami terkejut sebab satu demi satu supplier datang menagih hutang..Dan semua hutang² tu mencecah rm100k..

Dalam bil hutang tu tertulis nama perniagaan kami seperti dalam lesen perniagaan dan juga ada tertulis nama adik suami saya yang mengoder semua brg² tersebut. Kami cuba membayar hutang² tersebut secara ansuran tapi disebabkn hutang tu, modal pusingan kami semakin kurang dan kami kadang² terlewat untuk membayar gaji beberapa orang pekerja.

Semakin Hari semakin kami tertekan dengan hutang² tersebut..mendengar ugutan dari supplier akan bawa hal ni ke mahkamah..mohon pencerahan tentang hal ni..

Bagaimana jika Kami mengelak untuk membayar?

Adakah suami saya akan disaman oleh supplier?

Adakah suami saya di istiharkan muflis?



Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon