Saya berumur 26tahun. Seorang surirumah tangga selama 5tahun dan mempunyai seorang anak lelaki berumur 5tahun dan seorang lagi anak perempuan berumur 1tahun 10bulan.
"Suami Kaki Hisap Syabu"
Saya sekarang pindah ke rumah mak saya pada hari khamis kerana suami saya kantoi msg kepada kawan dia nak beli syabu pada malam rabu. Saya berhadapan kpd suami malam tu tanya betul ke dia masih isap syabu. Dia mengaku.
Kali pertama dia kantoi kepada saya dia tengah menghisap syabu pada bulan puasa tahun lepas. Saya nampak depan mata dia tengah layan isap syabu di bilik kosong rumah sewa kami. Dia berjanji tak akan mengisap syabu lagi pada masa tersebut.
Dan sekarang, dia kantoi lagi kali kedua kerana tertinggil hp dia di rumah sewaktu dia keluar ke kedai bersama anak-anak. Msg masuk di hp nya. Terdetik di hati nak baca. Alangkah terkejutnya saya kwn dia berkata sekarang dia tak de stock. Tengah malam baru ada stock batu. Malam tu bergaduh sekejap.
"Minta Nafkah Anak Beranak"
Esok pagi nya saya angkut semua barang kami anak beranak pindah balik ke rumah mak saya kerana saya takut akan keselamatan kami anak beranak.
Malam tadi dia terkejut dapat tahu yang kes dia ambik syabu sudah diketahui mak bapa saya dan dia memohon ampun maaf. Bila kami cakap bapa saudara saya pun mengetahui kes dia ni. Dia macam marah kepada saya.
Hari ini pada tengah hari ni, saya meminta nafkah kami anak beranak. Akan tetapi dia berkata yang dia tidak akan beri nafkah kepada kami lagi selagi kami tidak balik ke rumah sewa dia dan tinggal bersama-sama dia.
Masalah nya saya dah tak percaya kepada suami saya lagi. Dan saya takut kepada dia. Patutlah selama ni panas baran dia lain macam.
Salah sedikit pun nak memaki hamun. Kalau mata dia bulat besar tu. Memang dia kuat memaki hamun kami. Kalau nak menangis pun dia marah. Rupa-rupanya suami saya pengisap syabu.
Saya nak pergi kerja. Tapi keluarga bapa saudara saya melarang kerja kerana saya ada anak kecik. Padahal kami ni pun perlu makan setiap hari. Saya buntu dengan apa yang perlu dilakukan.
Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon