Setakat ini, masih belum menemukan bukti yang menunjukkan aktor Malaysia Benjy yang ditahan di Medan mempunyai kaitan dengan mana-mana rangkaian pengedaran dadah.
Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap pihak polis Indonesia berhubung perkembangan terkini tangkapan Benjy pada 18 April lalu atas kesalahan dadah di negara terbabit.
Memetik laporan Nasional Republika, Ketua Siasatan Antidadah Polis Sumatera Utara, Ilman Wijaya memaklumkan, polis masih menyiasat perkara terbabit dan bekerjasama dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Medan.
“Benjy hanya mempunyai alibi pergi mencari bakat DJ di Medan, tetapi kami akan terus menyiasat perkara ini.”
Tambah Ilman, sejak ditahan tiada sesiapa daripada anggota keluarganya datang melawat Benjy.
“Sejauh ini, cuma pihak konsulat yang datang ke balai polis Sumut. Mereka hadir pada Jumaat lalu,” katanya.
Benjy atau nama sebenarnya Khaireyll Benjamin Ibrahim, 38, ditahan oleh pihak berkuasa selepas menemui syabu seberat 14 gram yang disembunyikan pada duburnya pada 18 April lalu.
Namun, buat Benjy ini bukanlah kes pertama kerana dia pernah ditahan sebanyak empat kali atas kesalahan dadah di Malaysia - www.kakishare.my
Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon