'Sekolah Itu Berjaya Ubah Anak Saya Menjadi Seorang Yang Patuh Agama' - Ibu Bapa Tak Mahu Pindah Anak Ke Sekolah Lain


Kes adik Thaqif baru-baru ini telah menggemparkan negara. Antara yang paling terkesan adalah sekolah agama dimana tempat Allahyarham adik Thaqif belajar. Namun bagi sesetengah ibu bapa yang menghantar ke sekolah yang sama tidak berhasrat untuk memindahkan anak mereka ke sekolah lain. 

Tidak adil untuk sekolah berkenaan dihukum hanya disebabkan kesilapan oleh seorang individu dan punca kematian juga hanya boleh diperolehi selepas dua minggu bedah siasat dijalankan. Seorang ibu yang mahu dikenali sebagau Zura berkata: 

"Sekolah itu sendiri dan guru-gurunya sangat baik dan mereka telah membantu membimbing anak saya menjadi seorang yang patuh agama.

"Saya mendaftar anak saya di sekolah itu pada Disember lalu dan dia telah berubah daripada seorang yang begitu asyik dengan telefon bimbit dan televisyen kepada seorang yang mendengar nasihat ibu bapa,"

Mohd Fadzli yang turut menghantar anak lelaki yang berusia 16 tahun juga tidak pernah mengadu tentang sekolah tersebut selepas didaftarkan tahun lalu. Beliau agak terkejut apabila membaca berita mengenai kes adik Thaqif kerana guru-gurunya sangat bagus. 

Kemudahan yang terdapat di sekolah itu adalah asrama, tiga gelanggang badminton, gelanggang futsal dan gimnasium.

Di Johor Baru, Pengerusi Jawatankuasa Islam negeri Abd Mutalip Abd Rahim berkata beberapa perubahan akan dibuat dalam pengurusan sekolah-sekolah agama di Johor, termasuk yang dikendalikan secara persendirian.



Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon