"Ada kawan tak mampu bagi pinjam duit, Tapi bila bergaduh die la yang paling depan" - Lukman

Assalamualaikum kepada semua.. 

Aku ni nak mengarang tak berapa nak reti sangat, jadi aku tulis semudah dan sependek yang bolehlah ye, 

Pernah dengar tak kata-kata “kawan waktu senang,senang dicari, kawan waktu susah, susah dicari”. Jadi haritu aku ada ternampak screenshot tentang seorang lelaki yang hendak menguji kawan die, caranya dia post dekat facebook cakap nak pinjam RM1000, soalan aku, adakah wajar kita nak menguji sahabat kita? layak kah kita? Ramai orang kononnya nak menguji dengan mintak pinjam duit.

Mari sini aku bagitau sikit, ada kawan tak mampu pinjamkan duit, tapi sanggup jaga engkau waktu sakit (yela kan, merantau tempat orang tak ada family), ada kawan tak mampu bagi pinjam duit, tapi bila bergaduh dia la yang paling depan.. ada kawan yang tak mampu pinjamkan duit, tapi bila moto/kereta kau rosak pukul 3 pagi pun sanggup datang tolong kau..ada kawan yang tak mampu pinjamkan duit, tapi sentiasa bagi nasihat pada kau.. ada kawan yang tak mampu pinjamkan duit, tapi bila kau kebulur masa belajar sanggup berkongsi megi sebungkus dengan kau..

Jadi adilkah kita sapu rata kawan yang tak bagi pinjam duit dekat kita tu ‘kawan waktu senang sahaja’ jangan lah letakkan nilai persahabatan kita tu pada duit semata-mata.. kita pun tak tahu keadaan kawan kita tu macam mana. pernah kawan aku mintak pinjam RM1000.. tapi waktu tu memang duit aku pun tak cukup.. aku memang nak sangat tolong dia.. tapi aku sendiri tak mampu waktu tu..

Kesimpulannya, janganlah kita nak menguji kawan-kawan kita. Tak cukup ke perkenalan,pengalaman, ikatan persahabatan yang sudah terjalin bertahun-tahun tu menjadi bukti nilai persahabatan kita..bersangka baik la kalau mereka tak dapat tolong kita waktu kita memerlukan.. dan jangan lupa juga, muhasabah diri kita, sama ada kita mampu tak jadi ‘kawan masa susah’ untuk kawan-kawan kita.. lain la kalau kita terserempak harimau, kawan kita tu tolak kita depan harimau lepastu lari.. itu baru betul kawan tak boleh pakai..hahaha
Sekian Terima Kasih,

ps: sahabat dalam kubur jangan lupakan

– Lukman


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon